Memasak memang menyeronokkan. Pelbagai cara dan kaedah boleh diaplikasikan mengikut kreativiti masing-masing.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @lisaa_aa98 berkongsi cara yang digunakan adiknya untuk menghasilkan keropok ikan tanpa menggunakan minyak masak.
Adik aku ni istimewa and dia pi masak keropok dalam microwave 😂😂 Aku ckplah kena masak ngan minyak and dia ckp dia takut tk pndai and aku try sumpah sedap!! Lagi sedap dri masak ngn minyak!! I swear!! Lpas ni mmg aku masak guna microwave la pic.twitter.com/QaNuHPnKEh
— bullehhh (@lisaa_aa98) September 2, 2019
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen kerana keropok ikan tersebut dimasak hanya menggunakan microwave selama 2 minit sahaja dan hasilnya amat mengujakan. Lebih mencuri perhatian kerana adiknya merupakan kanak-kanak istimewa yang menghidapi global development delays (GDD).
Netizen memberikan pelbagai reaksi positif atas usaha kreatif adiknya yang tampil dengan cara unik dan mudah untuk masak keropok. Malah, perkongsian itu juga berjaya mendapat perhatian dan pujian dari Neelofa.
Aww bless your sister! ❤️ And thank you for the great tip on the keropok! Hehehe https://t.co/J4Ssz4Cnxw
— Neelofa (@Neelofa) September 3, 2019
Selain itu, ada netizen yang terus mencuba memasak sejurus membaca tips yang dikongsikan itu. Malah, ada juga yang berkongsi rasa keropok ikan akan lebih sedap jika menggunakan ‘air fryer’.
Omg jadiiiiiiii!!!! I letak dalam microwave for 30sec je. Aaaaaaa thankyou to your adik!! Lepasni takyah dh susah2 guna minyak, jimat masa dan minyak 🤣😂 pic.twitter.com/Flm3ndYQ7M
— Nurul Aina (@AinaAzeze) September 3, 2019
Me and my wife used to do it with an air fryer instead. Keropok gemuk, keping and even sate ikang pun guna air fryer. Rasa dia sungguh padu dr goreng dgn myk 😁
— izzat🇲🇾 (@izzat0amir) September 4, 2019
Untuk anda yang inginkan kelainan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba tips tersebut kerana ia bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan kerana tidak perlu menggunakan minyak yang banyak untuk dihasilkan.
Ini baru tip masak keropok dengan unik, untuk lebih tip yang berguna anda boleh klik pautan di bawah.
7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia
Petua ‘Rahsia’ Untuk Menjadikan Nasi Goreng Lazat Dan Power Anda Perlu Tahu