Memasak memang menyeronokkan. Pelbagai cara dan kaedah boleh diaplikasikan mengikut kreativiti masing-masing.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @lisaa_aa98 berkongsi cara yang digunakan adiknya untuk menghasilkan keropok ikan tanpa menggunakan minyak masak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen kerana keropok ikan tersebut dimasak hanya menggunakan microwave selama 2 minit sahaja dan hasilnya amat mengujakan. Lebih mencuri perhatian kerana adiknya merupakan kanak-kanak istimewa yang menghidapi global development delays (GDD).

Netizen memberikan pelbagai reaksi positif atas usaha kreatif adiknya yang tampil dengan cara unik dan mudah untuk masak keropok. Malah, perkongsian itu juga berjaya mendapat perhatian dan pujian dari Neelofa.

Selain itu, ada netizen yang terus mencuba memasak sejurus membaca tips yang dikongsikan itu. Malah, ada juga yang berkongsi rasa keropok ikan akan lebih sedap jika menggunakan ‘air fryer’.

Untuk anda yang inginkan kelainan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba tips tersebut kerana ia bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan kerana tidak perlu menggunakan minyak yang banyak untuk dihasilkan.

Ini baru tip masak keropok dengan unik, untuk lebih tip yang berguna anda boleh klik pautan di bawah. 

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Ini Cara Baiki Kipas Seperti Baharu Bermodalkan Bawah RM10

Petua ‘Rahsia’ Untuk Menjadikan Nasi Goreng Lazat Dan Power Anda Perlu Tahu

Sumber