Anda mempunyai masalah untuk membuat simpanan? Mungkin cara ini dapat membantu anda. Kakeibo adalah satu teknik simpanan wang yang sudah lama dipraktikkan oleh masyarakat di Jepun. Teknik simpanan Kakeibo ini sudah diguna pakai sejak 114 tahun yang lalu.

Khabarnya anda dapat berjimat sehingga 35% lebih baik dengan teknik ini. Teknik simpanan kakeibo ini sedang famous di Eropah dan anda juga boleh mencubanya.

https://www.instagram.com/p/Bb1nYqDnieD/?tagged=kakeibo

Ianya diperkenalkan buat pertama kali oleh seorang wartawan bernama Motoko Hani pada tahun 1904. Kakeibo adalah satu kaedah merekod dan merancang perbelanjaan anda secara mingguan atau bulanan menggunakan buku fizikal.

Walaupun dengan kecanggihan teknologi dan aplikasi yang ada di dalam telefon bimbit yang dapat mencatit perbelanjaan anda, tetapi cara traditional dengan merekod di atas kertas adalah lebih berkesan.

Kakeibo akan membantu anda untuk mencapai wishlist anda setiap tahun – pergi bercuti, membeli kereta idaman, membayar hutang dan lain- lain.

Jadi persoalan pastinya bagaimana kakeibo ini berfungsi? Caranya mudah sahaja. Setiap permulaan setiap bulan, anda perlu duduk dan merancang dengan betul perbelanjaan anda setiap bulan.

Anda perlu membahagikan perbelanjaan anda dalam 4 kategori ini:

1) Survival

B&C 17 Nasi Goreng Tomyam
Perkara asas untuk anda hidup seperti makanan, bayaran sewa rumah, bayaran untuk anda pergi bekerja, hutang bulanan dan lain-lain.

2) Optional

shopping
Perkara yang tidak begitu penting tetapi anda rasa perlu seperti kopi di kafe mahal, membeli belah, makan di luar, membeli sneakers dan lain-lain.

3) Culture

netflix-movies-expiring-jan-2014
Perkara yang memberi hiburan kepada anda seperti buku, TV(bayaran untuk Astro) menonton wayang dan lain-lain

4) Extra

ubat-perlu-bawa-masa-travel-16
Duit kecemasan jika berlaku apa-apa perkara seperti pembelian hadiah , bayaran untuk pembaikan atau bayaran untuk ke klinik.

Selepas anda membuat senarai untuk 4 kategori ini, anda akan lebih nampak ke mana sebenarnya wang anda pergi setiap bulan. Adakah wang anda banyak dibelanjakan untuk makan di luar, tengok wayang, atau membeli baju dan kasut?

Ada yang membuat kakeibo ini dengan menambah sampul surat. Setiap sampul surat mewakili allocation budget untuk setiap kategori. Jadi mereka masukkan wang siap-siap ke dalam sampul berkenaan. Selepas habis setiap bulan, wang yang masih ada dalam setiap sampul dikosongkan dan dimasukkan ke dalam sampul yang kelima. Sampul kelima ini pula mewakili jumlah wang yang berjaya anda simpan setiap bulan.

https://www.instagram.com/p/BR3FT14jJrL/?tagged=kakeibo

https://www.instagram.com/p/BU3mqpuBi4W/?tagged=kakeibo

Saya rasa tidak semua orang mempunyai masa dan keazaman untuk merekod perbelanjaan mereka setiap minggu tetapi mungkin anda boleh buat satu format kakeibo yang lebih mudah. Asalkan anda faham dengan apa yang anda rekod, itu sudah kira baik.

Idea sebenar di sebalik kakeibo ini adalah untuk kita melihat secara lebih mendalam corak perbelanjaan kita setiap bulan. Jika anda serius mahu mengetahui kaedah kakeibo ini dengan lebih lanjut, anda boleh cari buku khas bertajuk ‘Kakeibo: The Japanese Art of Saving Money’.

Tidak pasti sama ada buku ini dijual atau tidak di Malaysia, tetapi buku planner kakeibo ini ada dijual di Kinokuniya. Mungkin anda boleh ke Kinokuniya jika mereka ada menjual buku ini.

Apa yang penting, anda perlulah berdisiplin dan berbelanja mengikut apa yang sudah dirancang setiap bulan. Moga-moga dengan kaedah kakeibo ini, anda dapat menyimpan dengan lebih baik selepas ini.