Nampaknya aplikasi travel dan booking disukai ramai, Klook akan hadir dengan on-groud travel fair pertamanya di Malaysia, Klook Travel Fest 2019 khas untuk anda yang suka travel!

Jika sebelum ini anda hanya merasai pengalaman menempah hanya dengan aplikasi Klook, Klook mahu anda ke acara on-groud travel fair mereka yang pertama untuk anda merasai pengalaman unik yang tidak pernah anda rasai di mana-mana acara travel fair sebelum ini!

Klook Travel Fest akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 28 dan 29 September 2019 ini dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Klook Travel Fest akan menghimpunkan pelbagai aktiviti fun serta deal menarik sepanjang festival ini berlangsung dan anda cuma perlu hadir untuk merasai semua ini. Apa yang anda boleh dapat sepanjang acara dua hari Klook Travel Fest ini?

1. Tip travel daripada icon dan influencers kegemaran anda

Klook 1

Anda pastinya mahu tahu tip best yang anda boleh guna sewaktu travel bukan? Khas di Klook Travel Fest 2019 nanti, anda boleh mendengar travel hacks and tips daripada selebriti ternama tanah air seperti Sazzy Falak, Daphne Iking dan ramai lagi.

Tidak lupa juga perkongsian daripada individu hebat di dunia travel seperti Wei Zhi (KampungBoyCityGal), Joe Chang (GOXUAN), Chan Won dan ramai lagi. Host kegemaran ramai Baki Zainal pun ada di sana. Untuk mengetahui jadual serta perkembangan baharu untuk acara ini, tekan di sini.

2. Travel Deal istimewa yang anda hanya boleh dapat di Klook Travel Fest

Ini yang paling best sebenarnya. Jika di Klook pun sudah banyak tawaran hebat, Di Klook Travel Fest nanti dengar kata tawarannnya lebih menarik dan mengujakan! Ianya juga just in time dengan musim cuti yang akan tiba tidak lama lagi dan antara tawaran menarik pada travel fair ini nanti adalah Beli 1 Percuma 1 dan 50% potongan harga untuk tarikan yang anda mahu pergi.

Deal menarik ini nanti akan dipaparkan di skrin dan jika tawaran tersebut dibuka, itulah masanya untuk anda rebut deal tersebut!

3. Peluang untuk menang hadiah hebat dan juga return tiket ke destinasi luar negara bernilai RM100,000

Tak bestlah pergi ke sesuatu acara kalau pulang dengan tangan kosong. Anda hadir sahaja ke Klook Travel Fest, pelbagai aktiviti akan dijalankan di booth dan juga pentas utama. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah lucky draw daripada Klook dan antara hadiah yang bakal anda menangi adalah tiket penerbangan pergi dan balik, hadiah premium seperti Dyson Hairdryer, luggage travel Samsonite dan semestinya merchandise eksklusif daripada Klook.

4. Banyak lokasi Instagrammable untuk anda bergambar

klook 3

Di samping anda ‘memburu’ deal terbaik di Klook Travel Fest, jangan lupa untuk singgah tangkap gambar untuk anda muat naik di Instagam.

Partner Klook yang akan buka booth di sini nanti antaranya Hong Kong Disneyland, Universal Studios Japan, Ocean Park Hong Kong, Sunway Lagoon, Harukas 300, Malaysia Airlines, JR West, HSBC, Kidzania dan banyak lagi pasti akan hias booth mereka cantik-cantik untuk anda bergambar di sana.

Mana tahu bila anda rakam gambar di booth mereka, anda boleh menang lagi merchandise khas daripada partner Klook Travel Fest kan?

5. Bantuan secara personal di Booth ‘Ask Klook’

klook 2

Anda ada persoalan yang lama sudah anda mahu tanya Klook? Jangan risau kerana Klook akan bantu anda. Anda hanya perlu ‘Ask Klook’ sahaja nanti. Team Klook bersedia untuk menjawab sebarang persoalan anda tentang Klook. Katalah anda mahu ke Jepun, tanya Klook apa aktiviti paling best yang anda perlu buat jika berada di sana.

Klook Travel Fest 2019
Tarikh: 28 & 29 September 2019
Masa: 10.00 AM sehingga 10.00 PM
Tempat: MITEC KL (Hanya 3 minit dari Publika dan lebih mudah untuk guna Grab sahaja ke sini)

Klook-Travel-Fest-day-1

Klook-Travel-Fest-day-2

Jangan terlepas peluang untuk deal terbaik di Klook Travel Fest hujung minggu ini. Bagaimana untuk masuk ke event ini? Anda hanya perlu tebus free e-ticket menerusi aplikasi Klook dan tunjukkannya di sana nanti dan anda terus berpeluang untuk acara lucky draw.

Jadi, jika anda belum ada Klook, muat turun sahaja secara percuma di Google Play dan Apple iOS sebelum ke Klook Travel Fest hujung minggu ini. Untuk informasi lanjut, anda tekan sahaja di sini. Jumpa di sana!