Ini merupakan berita baik buat anda yang bekerja di bank kerana Persatuan Bank Komersial Malaysia (MBCA) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) telah memeterai perjanjian di antara mereka untuk memberikan manfaat kepada kakitangan bank.

Para kakitangan bank akan menikmati 0% faedah bagi RM100 000 pertama pinjaman perumahan yang dimohon dan ianya akan berkuatkuasa pada 1 April 2019 ini. Kadar 0% faedah ini juga boleh dipakai untuk kakitangan yang sudah mempunyai pinjaman sedia ada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DSC05408
Presiden MBCA, Nora Abd Manaf

Presiden MBCA, Nora Abd Manaf berkata pemberian manfaat 0% faedah kepada kakitangan bank dapat membantu kakitangan bank mencapai rumah impian mereka dengan lebih awal daripada terpaksa menunggu waktu yang lama.

Pemberian manfaat ini juga diberikan supaya para kakitangan bank akan berusaha lebih keras untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja dan ianya juga dapat membantu peningkatan pendapatan bagi setiap kakitangan bank. Diharapkan dengan manfaat ini, kualiti dan prestasi kerja kakitangan bank akan meningkat dan bertambah baik.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber