Sering dilabel sebagai shitcoin kerana tidak mempunyai asas penawaran tekologi yang kuat, matawang kripto SafeMoon nampaknya tidak mempunyai masalah untuk menjadi perhatian ramai sekaligus muncul sebagai matawang digital paling diperhati pelabur di laman CoinMarketCap.

Lebih mengejutkan, SafeMoon yang baru sahaja dilancarkan pada 14 Mac lalu nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mengalahkan Bitcoin selaku pioneer dalam matawang kripto. Semuanya adalah berikutan peningkatannya yang mendadak di mana SafeMoon sudah pun meningkat sebanyak 21,470% sejak mulai dilancarkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
tnwsypig65p61
Sumber: Asia crypto today

Dilaporkan seramai 1.3 juta pelabur menyenaraikan SafeMoon dalam senarai dalam perhatian manakala Bitcoin pula menjadi perhatian kepada 1.2 juta pelabur.

Setakat ini SafeMoon sudah berjaya menguasai $5.6 bilion (~RM23.04 bilion) pasaran kripto dan dijangka terus meningkat melihatkan kepada populariti matawang kripto ini yang menjadi perhatian pelabur. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana matawang kripto yang dilabel sebagai shitcoin ini mampu menguntungkan pelabur dalam tempoh yang panjang.

Sebelum ini, Bill Gates pernah melabelkan Bitcoin sebagai matawang yang bahaya dan mahu matawang ini diharamkan.

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan

Hampir Sebulan Melabur, Tesla Berjaya Raih Keuntungan Hampir RM4 Bilion Melalui Bitcoin