Sejak tahun 2014 lagi, material ‘Vantablack’ dikenali sebagai warna hitam paling gelap di dunia. Antara dua projek yang membuatkan material itu menjadi bualan seluruh dunia ialah ‘Vantablack Pavilion’ (2018) dan ‘BMW X6’ (2019).

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah kedai ubahsuai kereta dari Jepun, PitOne Customs telah berjaya menghasilkan sebuah Porsche 911 Turbo ‘terhitam dan tergelap’ di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cat akrilik berasaskan air ‘Musou Black’ ini didakwa mampu menyerap cahaya sehingga 99.4%. Hasil ujian perbandingan dibuat pada 2020 mendapati material dari Jepun itu lebih ‘hitam gelap’ berbanding warna ‘Vantablack VBX2’ (99%) dan ‘Black 3.0’ sebanyak 97.5% sahaja.

Warna ini ada dijual pada laman web rasmi ‘Koyo Orient’ dengan harga bermula RM80.85 (1 botol 100ml), RM1164.22 (20 botol 100ml) dan RM582.11 untuk 1 botol seliter.

Anda boleh tonton proses pembuatan Porsche 911 Turbo ‘Musou Black’ ini melalui video di bawah. Pihak PitOne Customs sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu untuk membuat pengambaran video di jalan raya awam sekitar Jepun.

Bagaimanapun warna ini akan ‘ditanggalkan’ pada akhir bulan Julai ini kerana tiada jaminan ia selamat digunakan semasa berada di jalan raya.

Sumber Gambar: PitOne Customs
Sumber Gambar: PitOne Customs

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk ketahui bagaimana ‘Vantablack’ menjadi pelopor warna hitam paling gelap di dunia.

Vantablack, Bahan Paling ‘Hitam’ Di Dunia

Arkitek Ini Hasilkan Bangunan Paling Gelap Di Dunia