Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang penyertaan beberapa artis veteran yang boleh dikatakan bertaraf legenda dalam kancah pertandingan nyanyian di TV.

Antara nama yang turut menjadi sebutan dan pertikaian dalam kalangan netizen sejak beberapa hari ini adalah penyanyi rock veteran Mus May.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia kerana statusnya sebagai seorang penyanyi rock terkenal dan legenda muzik negara dilihat kurang sesuai untuk menjadi peserta sebuah pertandingan nyanyian dan sepatutnya berada di kerusi juri bagi menghakimi persembahan peserta lain.

“Tujuan utama hendak cari rezeki, tiada terfikir nak bertanding pun. Saya set kan macam tiap minggu ada show sahaja

“Menang kalah tolak tepi dulu, yang penting saya boleh ke tidak deliver dgn baik..

“Kedua, saja nak cuba genre muzik lain.

Mus menjelaskan selepas 34 tahun penglibatannya dalam industri muzik tanah air, kini sudah tiba masanya untuk beliau mencuba genre muzik lain kerana hakikatnya genre lain tetap dinamakan muzik.

Mengulas lanjut mengenai pendapat orang ramai yang mempertikaikan kelayakannya untuk bertanding agar menghentikan perdebatan tersebut.

“Kalau yang cakap tidak layak atau boleh ke tidak masuk bertanding itu kalau boleh bagi saya 10,000 sebulan saya akan duduk diam dekat rumah,” jelasnya.

Baca juga perkongsian berita hiburan terkini daripada kami sebelum ini di pautan di bawah. 

Kekal Anggun Selepas 25 Tahun, Sofia Jane Kongsi Gambar Jubli Perak Perkahwinan

Tidak Rela Dimadu, A Aida Sanggup Tolak Lamaran Bernilai RM20 Juta

The Rock Cabut ‘Auto Gate’ Guna Tangan, Tidak Mahu Terlambat Ke Tempat Kerja

Sumber