Hangat dibincangkan di media sosial sejak semalam mengenai seorang usahawan terkenal di Malaysia yang seolah malukan dan biadap dengan warga emas dalam usaha memberi ‘motivasi’ buat individu berkenaan.

Video yang tular tersebut sekaligus telah menjemput pelbagai buah mulut daripada para netizen yang kurang senang dengan tindakan yang dibuat usahawan tersebut. Melabelkan warga emas yang juga merupakan gelandangan sebagai malas sewaktu muda.

Bagi menjawab tohmahan yang dibuat usahawan terkenal tersebut, pada kali ini seorang pengguna Facebook Fdaus Ahmad tampil berkongsi lima individu warga emas yang boleh dituduh tidak kerja kuat masa muda sebagai pengajaran buat orang ramai.

1. Leo Goodwin

Leo Goodwin
Sumber: PRweb

Individu ini merupakan pengasas kepada syarikat insuran GEICO yang ditubuhkan pada tahun 1936. Sepanjang setahun memulakan syarikat GEICO, beliau sudah berjaya mengumpul 3,700 polisi hasil kerjasama dengan 12 orang pekerjanya.

Sehingga kini, GEICO sudah memiliki 27,000 orang pekerja dengan pemegang policy seramai 14 juta individu di seluruh dunia. Beliau juga berjaya dinobatkan sebagai Insurance Hall of Fame pada tahun 2001 atas hasil kerja keras yang dilakukan.

Pada umur berapakah beliau mulakan GEICO? 52 tahun.

2. Harland David Sanders

colonel-harland-sanders-gettyimages-72431338
Sumber: biography

Founder Kentucky Fried Chicken (KFC) ini memulakan perniagaannya pada umur 62 tahun. Hari ni KFC sudah memiliki 18,800 cawangan di 118 buah negara seluruh dunia.

Apa Colonel Sanders ni buat masa muda?

Mungkin dia cuba jual pakaian muslimah jenama Bangang Amarah tetapi sebab beliau malas maka beliau mengambil masa yang lebih panjang untuk berjaya.

3. Wally Blume

moosejpg-d652e5cb938b1eeb
Sumber: mlive

Wally Blume tubuhkan Denali Flavors iaitu syarikat membuat aiskrim sewaktu umur 54 tahun. Kejayaan beliau datang sewaktu umur 62 tahun apabila beliau perkenalkan Denali Moose Track flavor kepada dunia.

Pada hari ni Blume telah memegang 30 copyright flavor dengan turnover perniagaan bernilai lebih $80 juta setiap tahun. Akan tetapi Wally Blume ni aku rasa tak hebat sebab malas masa muda. Kalau dia rajin mesti awal lagi beliau dah jadi usahawan dan bukan buka bisnes consult orang dengan gaya ikat rambut ekor kuda.

4. Carol Gardner

zelda-and-carol-gardnerjpg-981738c52c874a2b
Sumber: oregon live

Wanita ini pula pengasas kepada jenama Zelda Wisdom. Company beliau simple sahaja iaitu membuat greeting cards. Carol Gardner tubuhkan syarikat sewaktu beliau berumur 52 tahun. Masa itu beliau baru sahaja bercerai, depressed dan broke.

Walaupun umur dah tua, beliau teruskan juga Zelda company dan valuation syarikat Zelda Wisdom kini bernilai $50 juta. Jangan tanya apa Carol Gardner buat masa umur 30’an. Mungkin juga beliau pemalas dan tidak berusaha untuk hidup buatkan beliau tidak muncul jutawan pada usia lebih muda.

5. Anita Crook

download
Sumber: reuters

Anita Crook memulakan bisnes handbag organizer sewaktu umur 59 tahun menerusi jenama Pouchee. Selang lima tahun, beliau berjaya muncul sebagai multi millionaire.

Namun, apa yang beliau buat masa muda? Mungkin sekali beliau sekadar kurang ajar dengan orang tua.

Ringkasan dan penutup

Jangan sampai aku senaraikan list orang konon berjaya masa muda tetapi melingkup masa tua. Berjaya hidup di dunia benda yang sacred lagi suci. Kalau direzekikan harta itu tanda berjaya, maka Qaruun adalah individu yang paling berjaya.

Jika kuasa serta pengaruh itu tanda berjaya, maka Firaun adalah idola kita. Hidup jangan mendabik dada dengan angka dalam bank, ringgit dalam poket, ilmu dalam kepala, harta dalam peti, list rumah berjela-jela, kereta harga sejuta atau pengaruh satu dunia.

Angkat budi dan jasa,
Bukan suara mencela hina.
Angkat respect dan dignity,
Bukan kata kata menguris hati.

Angkat akal dan nurani,
Bukan berlagak bebal God sent me.
Angkat wisdom dan hikmah,
Bukan kutuk pakcik tua yang lemah.

Aku tutup tulisan ni dengan meminjam kata kata agung Buya Hamka,
Manusia itu berasal dari tanah,
Makan hasil tanah,
Berdiri atas tanah,
Akan kembali ke tanah,
Justeru kenapa masih bersikap langit?

Ketahui juga isu yang berlaku melibatkan usahawan terkenal ini sehingga menyebabkan para netizen dan selebriti bengang dengan tindakan beliau.

Malukan Dan Biadab Dengan Warga Emas, Usahawan Ini Sekali Lagi Cetus Kontroversi

‘Lihat Siapa Di Depan?’ – Aktivis ‘Perlekeh’ Malaysia Selepas Israel Raih Pingat Pertama Di Olimpik 2020