Bersempena dengan Sukan SEA ke-31 yang hangat berlangsung ketika ini, pastinya orang yang mengharapkan atlet-atlet negara dapat memaparkan aksi terbaik dalam misi memburu pingat emas.

Di sebalik segala usaha yang dipamerkan, aksi Mohd Al-Jufferi Jamari selaku jaguh silat negara nyata tidak mengecewakan rakyat Malaysia meskipun tidak meraih pingat emas selepas berjaya memaparkan semangat juang yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berjaya meraih pingat gangsa dalam saingan 70-75 kilogram (kg), perkongsian Mohd Al-Jufferi antara yang berjaya mendapat perhatian netizen sekaligus membuatkan para netizen sebak.

Menerusi perkongsian Twitter Syakirah Zulkifly, Pemenang pingat emas empat kali pada temasya Sukan SEA itu mendedahkan, anaknya, Furqan Al Haq yang sedang bertarung dengan sakit kanser antara yang menjadi pembakar semangat untuk beliau berjuang sehingga ke titik akhir.

Beliau juga turut menjelaskan mengalami kecederaan bahu yang dialaminya tidak cukup untuk menandingi semangat anak kecilnya yang terpaksa bertarung dengan kanser.

“Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser. Dia lagi kuat, Dia budak kan.

“Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena jalani kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital. Saya tengok dia lemah, letih. Saya menangis, dia usap. Dia kata, ‘ayah jangan nangis, Haq okay’. Itu sahaja dia cakap.

Perkongsian yang dibuat jaguh silat negara ini jelas memaparkan riak wajah sedih beserta nada yang sebak. Untuk pengetahuan, beliau mengalami kecederaan di bahu kanan ketika pusingan kedua pada saingan suku akhir sebelum berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Lebih menyayat hati, beliau memaklumkan sudahpun menang pada awalnya selepas mendahului 31-26 ketika 6 saat sebelum tamat perlawanan namun 10 matanya ditolak selepas pihak lawan iaitu Singapura melakukan protes.

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi menerusi hantaran di Instagram beliau percaya kegagalan bukanlah pengakhiran buat segalanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang ramai dan juga isterinya yang menyokong dan berdoa atas perjuangan yang dilalui. Beliau akui redha dengan takdir serta berserah semuanya kepada tuhan. Didoakan semoga Mohd Al-Jufferi  tabah menghadapi dugaan serta terus berjuang demi negara dan anaknya.

Tular pada minggu lalu apabila Pak Cik Shell menjelaskan punca pekerjanya tertidur semasa bertugas di stesen minyak pada waktu malam.

Awal Pagi Perlu Bantu Ibu Berniaga Pasar, Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

Video Pendek BBC Papar Wanita Malaysia Menari K-Pop Dikecam Netizen

Sumber