Baru-baru ni aku ada kongsikan cerita tentang makanan kosher yang aku pertama kali cuba semasa naik flight dari Kuala Lumpur ke Labuan Ahad lepas. Suprisingly tulisan tu mendapat respon orang ramai.

Kebanyakkannya macam pertama kali dengar, ataupun tak tahu sangat pasal makanan kosher orang Yahudi ni. Dan ramai juga yang rasa kagum dengan cara penyediaan makanan kosher ni selepas mendengar cerita lebih lanjut dari orang ramai tentang tatacara penyediaan makanan kosher.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Link asal di sini: Ini Pengalaman Menarik Seorang Doktor Sewaktu Cuba Hidangan Kosher Untuk Yahudi Dalam Pesawat

Sebab apa aku kongsikan cerita ini, sebab satu ialah ni memang pengalaman pertama aku cuba makanan ni (biasa lah, rasa pelik kan? Hahahah). Masa zaman belajar dulu tak berpeluang nak rasa makanan ni bila backpacking ke Eastern Europe.

Masa tu tak berani nak mencuba atau mungkin duit pun tak cukup, haha. Mungkin kalau aku cuba makanan kosher ni masa zaman belajar mesti aku akan pass exam with flying colours hahahah.

Bangsa yang kita kutuk ada sistem penjagaan makanan

Kedua, sebenarnya apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, bangsa yang kita benci, kita maki, kita kutuk hari-hari tu pun ada satu sistem tentang penjagaan makanan harian mereka. Diorang ada cara tersendiri menyediakan makanan mereka, apa yang boleh dimakan dan apa yang tak boleh dimakan.

Bagaimana cara memasak dan bagaimana cara nak makan makanan tu. Semua orang termasuk aku rasa kagum. Punya rapi sistem mereka sampai dalam kapal terbang bukan milik mereka pun, makanan itu perlu disediakan mengikut cara mereka.

Hal ini mengingatkan aku kembali kisah ‘status halal’ yang pernah viral di negara kita tak lama dulu. Ingat tak dulu ada kes di mana seseorang tu tak dibenarkan membawa ‘kek yang tiada status halal’ ke sebuah restoran makanan segera untuk birthday party? Korang ingatkan?

Lepas tu ada pula kes sijil halal sebuah foodchain yang tergantung sebab menggunakan perkataan ‘dog’ dalam salah satu menunya dan diminta untuk menukarkan nama tersebut kepada yang lebih ‘shariah compliant’.

Bila timbul kes-kes macam tu, orang Islam sendiri berpecah belah. Ada yang menyokong dengan tindakan JAKIM menguatkuasakan peraturan Halal. Ada pula yang cuba untuk menjadi ‘champion’ memperjuangkan hak-hak ‘mereka yang tak perlu patuh sistem HALAL’.

Kita perlu bersatu

Sebenarnya kita perlu bersatu dalam isu STATUS HALAL ni. Ia sepatutnya menjadi perkara yang kita sebagai orang beragama Islam rasa bangga kerana agama kita ada panduan tentang tatacara pemakanan yang betul.

Halal bukan saja berkisar tentang babi, bukan juga tentang sembelih tak sembelih semata-mata. Tapi skop HALAL lebih luas dari itu. Sembelihan binatang adalah sebahagian saja dari skop makanan halal.

buku-tentang-makanan-halal-1

Buku penerangan dan panduan tentang halal

Korang tahu kan di negara kita ni ada satu garis panduan tentang makanan halal yang dikeluarkan oleh Department of Malaysian Standard. Ia dipanggil ‘HALAL FOOD – PRODUCTION, PREPARATION, HANDLING, AND STORAGE – GENERAL GUIDELINE (SECOND REVISION)‘.

Kalau korang perasan dibawah logo halal yang ori di setiap packaging atau di kedai dan kilang makanan ada tertulis MS 1500:2009. Ini bermaksud kedai atau kilang makanan yang membuat makanan itu telah patuh kepada Malaysian Standard di atas.

Aku baru tahu pasal MS ni pun masa tengah hangat isu nama ‘dog’ dalam menu makanan satu masa dulu. Ada usaha sikit la nak cari dan baca garis panduan halal ni. Garis panduan ni boleh didapati di internet, korang google je.

Ada beberapa perkara random yang aku rasa menarik untuk dikongsikan selepas baca garis panduan ni. Aku pun tak sangka banyak perkara yang aku tak tahu. Ini bermakna selama ini aku syok sendiri. Konon sudah faham in out pasal makanan halal.

1. Bila bercakap tentang HALAL, panduan ni ditulis oleh bukan calang-calang orang.

buku-tentang-makanan-halal-2

Cuba tengok senarai yang terlibat dalam membuat guideline ni. Ia melibatkan banyak badan profesional termasuk pihak universiti, kementerian kesihatan, jabatan veterina dan persatuan pengguna. Yang pasti ia dibuat oleh orang yang alim dan fakih dalam bidang masing-masing.

2. Makna makanan halal

Secara ringkas, makanan halal ialah – tidak mengandungi najis (boleh baca dalam guideline apa itu najis), tidak mengandungi racun, toxic atau apa-apa yang berbahaya kepada kesihatan, dibuat dan diproses dengan alatan yang tiada najis, dan tidak mengandungi ‘human part or its derivatiive’ yang tidak dibenarkan oleh shariah law. So disini, kita nampak bahawa skop halal lebih besar. Banyak kali isu kebersihan di’highlight’kan.

buku-tentang-makanan-halal-5

3. Kategori binatang yang tak boleh dimakan

Gajah adalah salah satu binatang yang kita tak boleh makan. Ia termasuk dalam kategori animal with ‘long pointed teeth OR tasks’. Jadi kalau masuk hutan nampak gajah time perut lapar, jangan ko sembelih gajah tu buat bbq. HARAM!

4. Lebah dan burung Hud-hud adalah HARAM dibunuh!

Jangan tanya aku sebab apa, kalau ada sesiapa boleh explain please do so with many thanks!

buku-tentang-makanan-halal-3

5. Binatang yang halal dimakan tapi diternak dengan memberi makanan yang najis adalah HARAM dimakan.

Ini membuatkan aku teringat kisah zaman di matrikulasi negeri sembilan dulu. Aku suka makan ikan keli sweet sour di cafe, tapi ada cerita legend mengatakan ikan keli tu berasal dari loji kumbahan depan blok kediaman kami. Selepas dengar legend tu, aku lupakan legend tu dan terus makan ikan keli tu hari-hari sebab sedap sangat hahahahah. Astaghfirullah.

buku-tentang-makanan-halal-6

6. Kebersihan adalah sebahagian besar dalam skop makanan halal.

Bersih dari awal sehingga akhir makanan itu dibuat. Orang yang buat bersih. Mesin yang memproses bersih. Bekas makanan yang digunakan juga bersih. Segalanya tentang BERSIH! BERSIH! (Sorry tiada unsur-unsur politik di sini.

Kalau korang go through guideline tu, macam-macam lagi info baru yang korang boleh dapat. Info ini sedikit sebanyak bagus untuk kita sendiri yang amal kan dalam kehidupan harian kita.

Bagi kita ibu bapa yang menyediakan makanan untuk anak-anak, pastikan kita menyediakan makanan dengan CARA yang terbaik untuk mereka. Bukan saja makanan itu berkhasiat, tapi juga bersih dan selamat. Bila makan makanan yang baik, insyaallah anak tu jadi la orang yang baik.

Saya selalu berpesan pada mereka yang datang ke klinik untuk buat kad kesihatan dan ambil suntikan tifoid (yang bekerja di premis makanan), jaga kebersihan dari awal sampai akhir.

Macamana rezeki nak berkat kalau kita jual makanan yang tak bersih? Bagaimana pula kalau gerai kita bersih, makanan dibuat dengan alatan yang bersih, tapi sisa-sisa makanan dibuang bersepah-sepah dibelakang kedai sehingga ada bau busuk dan menjemput Cik Ti datang. Agaknya macamana? Tidak ke itu akan menggugat kualiti servis kita?

buku-tentang-makanan-halal-4

Kita patut bangga dan bersyukur negara kita ada badan yang menjaga makanan halal ni. Sebab ada yang menjaga ni lah makanan kita sihat, makanan kita selamat. Makanan halal ni satu syiar yang harus kita tonjolkan kepada orang selain muslim. Tiada apa yang lebih diharapkan selain kita bersatu bila masa orang cuba mempermainkan status ‘MAKANAN HALAL’ kita.

Itu saja kali ini. Terima kasih kerana membaca. Kalau ada salah silap sila betul kan ya.

Faizul Jalal