Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi.

Perkara cemas yang tersebut dikongsikan oleh isterinya, Uqasha Senrose menerusi perkongsian Insta Stories miliknya. Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Kamal berlumuran darah dan dikejarkan ke hospital untuk merawat luka besar di kepala kerana dipukul dengan cota.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Uqasha Senrose ketika dihubungi Harian Metro berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.

“Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukul berkali-kali belakang kepala Kamal.

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukul di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senjata tajam,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Kamal pada masa ini, Uqasha memaklumkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin, dia kena ditidurkan.

“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya.

Uqasha turut mengesahkan lelaki yang menyerang suaminya merupakan warga Singapura, siuman dan tidak mempunyai masalah mental. Susulan daripada kejadian itu, peminat dari Malaysia dan Singapura mendoakan kesembuhan Kamal Adli.

Sumber