17 perkara saya belajar daripada Datuk Kamarudin Meranun, Group Chief Executive Officer of AirAsia X.

Catatan ini saya kongsi di Instagram, tahun lepas. Hari ni baru saya kongsi semula di Facebook.

Ini antara ‘point-point’ penting yang sempat saya catat.

1. Kegagalan terakhir adalah apabila kita telah mati.

2. “Passionate” adalah ubat terbaik untuk segala cabaran.

3. Usahawan perlu mengenali kekuatan sendiri untuk pergi lebih jauh.

Penulis, Firdaus Yasin ketika menghadiri acara Bahtera sempat merakamkan gambar bersama Kamarudin Meranun.
Penulis, Firdaus Yasin ketika menghadiri acara Bahtera sempat merakamkan gambar bersama Kamarudin Meranun.

4. Cari rakan kongsi yang boleh menampung kelemahan kita.

5. Rakan kongsi harus saling memahami antara satu sama lain serta peranan masing-masing dalam membangunkan syarikat.

6. Aliran tunai harus dipantau dengan sebaik mungkin.

7. Usahawan harus mempunyai prinsip dalam bisnes.

8. Jangan ambil sesuatu yang bukan hak kita (merompak duit syarikat).

9. Allah juga adalah sebagai partner kita. Agihkan dengan sebaik mungkin melalui sedekah, zakat dan amal jariah.

10. Pembahagian syer harus adil antara sesama rakan kongsi.

11. Sekiranya kerja yang dibuat hanya separuh jalan, itu petanda ianya bukan ‘passion’ kita.

12. ‘Passion’ kita harus diserapkan ke dalam jiwa pelanggan dan staff kita. Core value syarikat sebaik-baiknya seiring dengan ‘passion’ kita.

13. Sekiranya diberi pilihan, AirAsia lebih cenderung ke arah perkara-perkara yang mengurangkan kos syarikat.

14. Dengan mengurangkan kos,ianya adalah cara terbaik untuk mengawal syarikat semasa keadaan buruk (sales menurun).

15. AirAsia sangat menitik beratkan tentang kos, mereka membangunkan syarikat dengan kos seminima yang mungkin.

16. Teknologi boleh dibeli, membangunkan manusia dengan passion syarikat adalah di antara perkara yang harus dititik beratkan.

17. Tiga ciri wajib yang usahawan perlu ada ialah Drive (matlamat yang jelas), Passion (bersungguh-sungguh) dan Culture (perkara baik yang dilakukan berterusan).

BACA: Pesanan Tony Fernandes Pengasas AirAsia Ini Wajar Diberi Perhatian Oleh Ibu Bapa Yang Mahukan Anak Berjaya Cemerlang