Nampaknya GoPro sudah ada saingan yang terbaru ketika ini. Casio baru sahaja mengumumkan produk action camera yang tahan hentakan, air dan cuaca sejuk beku dengan lensa 13mm f/2.8. Ianya bakal dijual di pasaran dengan nama GZE-1 dan produk pertama untuk siri ini, Gz EYE GZE-1 memfokuskan untuk kegunaan peminat sukan ekstrim.

Paling unik tentang kamera keluaran Casio ini adalah reka bentuknya yang sama seperti jam tangan G-Shock. Jadi memang terjamin tahan lasak kamera ini kerana ianya menggunakan teknologi kerangka G-Shock yang terbukti hebat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kamera ini tidak mempunyai skrin LCD terbina di belakangnya dan boleh dikawal dengan jam tangan Casio Pro Trek, telefon pintar atau remote control yang dijual secara berasingan. Turut dijual remote control dengan paparan LCD yang membolehkan anda melihat aksi secara live.

all condition

GZE-1 ini berupaya untuk merakam aksi secara HD (1980 X1080 30fps), gambar sehingga 6MP (3008 X 2256) dan direka untuk merakam aksi ekstrim seperti skateboarding, snowboarding, dan surfing serta dapat bertahan dalam pelbagai jenis cuaca. Setakat ini ia berupaya menahan hentakan setinggi 4 meter, kalis air sehingga 50 meter, dapat merakam sehingga cuaca -10’C dan kalis debu. Memang tahan lasak kamera ‘G-Shock’ ini.

Buat masa ini, tiada harga diumumkan untuk model Gz EYE GZE-1 ini dan akan dipasarkan di Jepun terlebih dahulu akhir bulan ini. Untuk perkembangan lanjut tentang kamera ini, boleh ikuti di sini. Kalau ianya dipasarkan pada harga yang mampu milik, pastinya ramai yang berminat untuk memiliki kamera ini khususnya peminat G-Shock.