Ciri-ciri kamera kompak ialah kecil dan ringan. Umum tahu kamera kompak mudah dibawa berbanding DSLR, namun majoriti kamera kompak dipasaran masih tidak dapat menandingi kamera DSLR dari segi kualiti imej yang dihasilkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdapat lima jenis kamera kompak yang boleh memberikan kualiti imej setanding dengan gambar yang terhasil menggunakan DSLR.

Dibawah adalah 5 buah kamera kompak yang dapat menandingi kamera DSLR.

1. Canon PowerShot G1X Mark II

Kamera G1X Mark II adalah kamera yang terbesar dari segi saiz di dalam kumpulan kamera kompak. G1X Mark II dimuatkan dengan sensor bersaiz 1.5 inci 12.8Mp. Kamera kompak G1X Mark II turut dilengkapi dengan pemprosesan Digic 6.

Tidak seperti kamera kompak dalam senarai ini, G1X Mark II turut dilengkapi dengan penstabilan dalaman (IS) pada kanta zum pelbagai jarak 24mm-120mm (f/2.0-3.9) menjadikannya sebuah kamera yang serba boleh.

Kamera ini mempunyai skrin sentuh 3 inci boleh condong. Skrin jenis ini memberikan keselesaan kepada pengguna ketika mengambil gambar samada dari sudut tinggi atau rendah.

2. Sony RX1R

Sony RX1R adalah sebuah kamera DSLR versi padat. Ianya dilengkapi dengan sensor bingkai penuh sepertimana yang terdapat di dalam sebuah kamera DSLR profesional.

Selain tersedia dengan kanta 35mm Carl Zeiss f/2 , jurutera SONY turut memuatkan pemprosesan imej BIONZ. Gambar yang dihasilkan oleh kamera ini adalah lebih terperinci kerana tiada penapis anti-aliasing diatas sensor Exmor CMOS 24.3Mp.

Anda mungkin terfikir dua kali sebelum menggunakan kepekaan ISO pada tahap maksimum, namun Noise yang dihasilkan oleh kamera Sony RX1R pada ISO 102400 adalah terkawal.

Walaupun harga kamera ini hampir sama dengan harga sebuah kamera DSLR profesional, namun bateri SONY RX1R ini tidak mampu bertahan lama selepas dicaj penuh. Anda disarankan untuk memiliki bateri tambahan yang lain jika merancang menggunakan kamera ini dalam satu jangka masa yang panjang.

3. Fujifilm X100T

Ramai dikalangan peminat dan pengguna kamera X100T adalah terdiri dari jurugambar professional seperti Tuan Wazari Wazir dan David Hobby.

Walaupun X100T adalah kemaskini terbaru Fujifilm bagi kamera siri X100 , namun ianya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan X100S kerana masih lagi menggunakan 16Mp APS-CX-Trans CMOS II sensor tanpa kehadiran penapis anti-aliasing. X100T juga masih menggunakan kanta kekal 23mm f/2 sepertimana yang terdapat pada X100S.

Kamera Fujifilm X100T adalah sebuah kamera fesyen retro dengan kemasan butang kawalan fizikal jenis tradisional yang melibatkan butang dial kawalan kelajuan shutter, kawalan EV dan kawalan bukaan kanta.

Pengguna pasti lebih seronok mengendalikan X100T dengan kehadiran view finder hybrid yang boleh betukar diantara view finder optik biasa dan view finder elektronik.

4. Nikon Coolpix A

Nikon Coolpix A adalah kamera kompak format APS-C yang paling kecil dan mempunyai reka bentuk minimalis. Kualiti imejnya agak baik kerana dilengkapi sensor 16.2Mp sepertimana yang terdapat pada Nikon D7000 ditambah pula kehadiran pemprosesan EXPEED 2.

Ironinya, kanta yang terdapat pada lensa Nikon Coolpix A ini mudah menghasilkan vignetting atau bayang di sekeliling gambar akibat penggunaan kanta 18.5mm f/2.8 (bersamaan 28mm sensor bingkai penuh). Kesan Vignetting ini masih kelihatan walaupun pada bukaan lensa yang kecil seperti f/8.

Ketangkasan kamera membuat fokus ke atas subjek juga agak perlahan, jadi ianya tidak sesuai untuk merakam gambar subjek yang mempunyai pergerakan aktif seperti bayi. Namun, kamera Nikon Coolpix A ini adalah kamera yang boleh dimuatkan dengan selesa ke dalam poket sisi seluar anda.

5. Ricoh GR

Pada zaman filem, Ricoh mempunyai reputasi untuk menghasilkan kamera kompak yang berkualiti tinggi dengan kanta yang sangat baik.

Pada awalnya, kamera GR generasi pertama menggunakan masa pemprosesan yang panjang dan menghasilkan kadar noise yang tinggi. Ianya adalah kamera yang sangat baik walaupun ada beberapa kekurangan yang membuatkan orang tidak memilihnya pada ketika itu.

Selain dari X100T di dalam lima senarai ini, generasi terbaru kamera GR juga tidak mempunyai view finder, tetapi mempunyai satu skrin yang memudahkan penyuntingan imej . Jika dibandingkan dengan kamera Nikon Coolpix A, vignetting adalah lebih terkawal pada jarak lensa 18.5mm (bersamaan 28mm pada sensor bingkai penuh) f/2.8, malahan ketangkasan fokus pada kamera ini juga lebih bagus.

BACA : 9 Tips Mengambil Gambar Yang Akan Membuatkan Gambar Anda Lebih Terangkat

Anda patut mencuba Ricoh GR yang mempunyai sensor 16Mp APS-C kerana ia bukan sahaja kamera yang selesa dikendalikan malah mampu menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.