Sebut sahaja jenama Leica, pasti ramai yang mengenalinya. Meskipun tidak bersaing dengan pentas yang sama bersama jenama-jenama seperti Canon dan Nikon, jenama ‘legend’ ini tetap mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

Menerusi model mirrorless kedua jenama ini, Leica berjaya menyertakaan sensor 24.2-megapixel terbaru serta dibantu oleh processor Leica Maestro II. Hasilnya, pengguna berpeluang untuk mengambil foto meskipun dalam keadaan malap dengan baik. Fungsi rakaman 4K juga antara ditambah di dalam model mirrorless terbaru Leica ini.

Tidak hanya memfokuskan dari segi hardware, rekaan kamera mirrorless ini juga turut diberi penekanan. Kualiti dan kemasan yang teliti turut diberi penekanan dalam menghasilkan kamera yang premium ini khusus buat para peminat jenama ini.

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-1

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-3

Memandangkan kamera ini merupakan model daripada jenama Leica, harga yang mahal dan premium bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Leica TL2 bakal mula dijual dengan harga $1,950 (~RM8,366.48). Oh ya, harga yang disebutkan tidak termasuk set lens manakala Leica TL2 beserta lens 18mm–56mm and the 35mm prime hadir dengan tanda harga $5,995 (~RM25,733.24).

Buat peminat jenama Leica, kamera mirrorless terbaru ini mungkin boleh dijadikan sebagai wishlist terbaru anda. Berikut merupakan gambar close up kamera yang bukan sahaja cantik pada foto yang diambil malah cantik pada badannya juga.

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-2

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-4

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-6

Leica-TL2-Gear-Patrol-Slide-5-970×650

Sumber