Panasonic hadir dengan model baharu untuk Lumix yng dikenali sebagai S1H. Model kamera mirrorless ini akan hadir dengan sensor full-frame yang direka khas untuk kegunaan rakaman video yang lebih hebat dan cantik.

Panasonic Lumix S1H dapat menawarkan rakaman dengan definisi 6K 24fps yang pastinya akan memberikan kualiti video yang terbaik. Malah, ia tampil dengan kamera mirrorless dimana sesuai untuk rakaman dan juga membolehkan anda mengambil gambar yang stabil dengan definisi 4K.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga bagi Panasonic Lumix S1H ini adalah $4,000 (~RM16,734.40). Walau bagaimanapun, bila akan dilancarkan masih belum diketahui.