Polaroid sememangnya menjadi sebuah jenama yang iconic dan berdiri di dalam kelasnya yang tersendiri. Terkenal dengan fungsi instant photo melalui kamera membuatkan Polaroid mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Pada tahun ini, Polaroid mula menceburi bidang digital dengan mengumumkan model terbaru mereka iaitu Polaroid Pro. Sebuah kamera Polaroid yang diberi sentuhan moden dan fungsi-fungsi kamera terkini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spesifikasi

Selain rekabentuknya yang sedikit berbeza berbanding model sebelumnya, Polaroid Pro turut disertakan dengan kamera 20-megapixel CMOS sensor serta dual-LED flash. Pertambahan yang dinantikan buat peminat Polaroid memandang model sebelum ini mempunyai masalah dalam mendapatkan imej yang baik dalam keadaan cahaya malap.

Lebih awesome, pengguna boleh simpankan segala memori di dalam polaroid dengan cara yang sedikit berbeza pada kali ini dengan penyertaan slot microSD sehingga 128GB. Fungsi video 1080p turut disertakan disusuli dengan skrin 3.94-inci jelas memberi kelebihan buat pengguna untuk memilih gambar sebelum dicetak.

Adakah berbaloi?

Jika anda seorang yang suka dengan gambar jenis Polaroid, upgrade kepada Polaroid Pro dilihat sebagai pilihan yang baik. Selain daripada gambar yang lebih sharp, penyediaan skrin juga bakal membantu anda memilih imej yang disukai sebelum kerja printing dibuat.

Memandangkan produk ini baru sahaja diumumkan, harga buat Polaroid Pro masih menjadi tanda tanya sebelum mula dilepaskan buat pasaran umum pada penghujung 2017. Jangka masa yang agak lama buat peminat Polaroid mula menabung.