Apa ciri-ciri utama yang anda ambil berat bila merancang nak tukar telefon pintar baru? Biasanya adalah harga, storan dan paling penting mestilah kamera betul tak?

Tapi kita biasanya ada tanggapan bahawa lagi cantik kamera untuk sesebuah telefon pintar tu mesti harganya pun jauh lebih mahal kan?

Baca Juga:

Sekarang anda tak perlu berhabis banyak pun untuk ada telefon pintar dengan kamera beresolusi tinggi sebab Siri Redmi Note 12 hadir dengan kamera sehingga 200MP dengan OIS dan dijual pada harga bermula RM799 !

Jom kami share kenapa Siri Redmi Note 12 adalah telefon pintar yang anda perlukan

Tersedia dalam tiga pilihan, Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G
Redmi Note 12 Pro+ 5G

Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G hadir dengan penambaikan untuk pelbagai aspek termasuk sistem kamera, pengecasan, bateri serta rekaan yang mesra pengguna.

Redmi Note 12 5G
Redmi Note 12

Kalau anda merupakan penggemar siri ni, anda mesti tahu yang siri 11 terdahulu pun dah power gila, bayangkan bila ianya kini semakin ditambah baik? Fuhh gerenti puas hati!

Dilengkapi kamera 200MP dan keupayaan fotografi AI

Paling istimewa, Redmi Note 12 Pro+ 5G bukan sahaja dilengkapi tiga sistem kamera utama malah turut diperhebat dengan kamera perdana 200MP berserta OIS, sudut kamera ultra-lebar dan makro.

Lepas ni gambar yang anda ambil dijamin super jelas dan berkualiti tinggi! Lagi best, anda juga kini boleh merakam video dengan mood stabil. Tak ada lah video gegar-gegar lagi.

Gambar diambil menggunakan Redmi Note 12 Pro+ 5G
Gambar diambil menggunakan Redmi Note 12 Pro+ 5G

Di tambah pula dengan algoritma perisian AI, pastinya pengalaman fotografi anda akan jadi lebih mengujakan!

Redmi Note 12 5G menjanjikan pengalaman fotografi yang tak kurang hebatnya menerusi tiga kamera utama 48MP, IMX766 sensor berserta OIS, sudut kamera ultra-lebar dan makro yang menjanjikan hasil gambar sempurna meskipun diambil dalam keadaan pengcahayaan yang terhad.

Redmi Note 12 pula didatangkan dengan sistem kamera Xiaomi AI triple 50MP dan perisian mod malam.

Berkeupayaan perdana & menjanjikan pengalaman visual yang lebih menakjubkan

Redmi Note 12 Pro+ 5G dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 1080 processor berkualiti tinggi menjanjikan sistem yang lebih smooth tanpa sebarang gangguan. Selain tu, ia juga memiliki paparan Vivid 120Hz Flow AMOLED jadi video, game atau sebarang paparan pada skrin akan terlihat sangat jelas!

The Redmi Note 12 5G berkeupayaan perdana dengan Snapdragon 4 Gen 1. Tak ada lagging dah yeayy! Geng yang main game mesti suka kan kelebihan ni?

Redmi Note 12 pun bukan biasa-biasa tau sebab ia dilengkapi Snapdragon 685 processor. Senang cakap kecekapan operasinya tak perlulah diragukan, mesti anda puas hati punya!

Ketiga-tiga model dari siri ini menggunakan 120Hz Flow AMOLED display bagi menambahbaik pengalaman hiburan anda dengan paparan warna serta visual yang lebih menakjubkan serta disokong oleh Dolby Vision® dan Dolby Atmos®.

Pengecasan pantas

Bagi memastikan kelancaran penggunaan yang tiada bandingnya, Redmi Note 12 Pro+ 5G mempertaruhkan Smart 120W HyperCharge, 5,000mAh (type) bateri tahan lama bersama Xiaomi Surge P1 chipset

Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 hadir dengan keupayaan pengecasan pantas 33W dan 5,000mAh (type) bateri tahan lama, anda tak perlu risau dah untuk keluar rumah tanpa powerbank dah.

Tempahan awal dibuka dari 6 sehingga 13 April, ada hadiah percuma menanti anda!

Nak jadi antara yang terawal memiliki peranti Siri Redmi Note 12? Jom buat tempahan awal yang kini dah dibuka sehingga 13 April nanti. Tempahan boleh dibuat melalui Shopee atau Lazada.

Tentang harga anda tak perlu risau sebab Siri Redmi Note 12 adalah sangat mampu milik seperti di bawah:

Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB): RM1,599
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB): RM1,099
Redmi Note 12 (8GB+128GB): RM799

Istimewa sempena Xiaomi Fan Festival 2023 dari 6 April sehingga 13 April nanti, pembeli layak menerima hadiah eskslusif seperti Redmi Smart Band 2* serta menikmati pelbagai diskaun hebat.

Selain tu, ada juga Xiaomi In-ear Headphones, baucar Xiaomi bernilai RM20 dan Redmi Buds 4 menanti anda!

Bukan beli telefon pintar baru je boleh dapat hadiah, tapi kalau hantar untuk repair peranti Xiaomi atau Redmi ke pusat servis mereka pun boleh dapat Xiaomi Bunny Doll sticky note holder secara percuma tau!

Anda juga boleh follow @Xiaomi.Support di Facebook atau Youtube ataupun muat naik gambar kreatif anda yang diambil menggunakan peranti pintar Xiaomi atau Redmi (dengan watermark) kemudian muat naik gambar tersebut ke Facebook dan tag @Xiaomi.Support untuk tebus Xiaomi Bunny Doll sticky note holder .

*Sementara stok masih ada