KAMERAR, syarikat yang berpengkalan di Houston, Amerika Syarikat ini terkenal dalam menghasilkan aksesori untuk kamera dan iPhone. Nampaknya mereka telah mendapat idea untuk memaksimakan potensi dual-lens camera yang terdapat pada iPhone 7 Plus.

KAMERAR ZOOM Lens Kit untuk iPhone 7 Plus ini didatangkan dengan dua jenis lensa – fisheye/telephoto dan macro zoom. Tertarik saya dengan macro zoom lens KAMERAR ini. Memang nampak details pada syiling kalau gunakan lens KAMERAR ini.

Contoh gambar menggunakan lensa fisheye/telephoto
Contoh gambar menggunakan macro zoom lens

Kedua-dua kamera ini dipasang pada permukaan casing telefon yang didatangkan sekali apabila anda membeli produk ini. Jadi, anda akan dapat lensa dan casing telefon dalam satu pembelian. Anda boleh beli aksesori awesome ini pada harga USD45 (RM200) di sini.

Rasanya ini adalah aksesori yang value for money jika anda seorang yang on the go dan menggunakan iPhone 7 Plus untuk merakam gambar. Plus,ianya comel. Macam muka Minions pun ada. Go get em’ guys!