Sony baru sahaja mengumumkan sebuah kamera kompak yang menfokuskan kepada rakaman video vlog. Model ini dikenali sebagai Sony ZV-1 II yang mana terdapat beberapa pembaharuan menarik menerusinya.

Dari segi spesifikasi, Sony ZV-1 II ini menggunakan sensor 12.1 Megapixel CMOS Exmor RS dengan cip pemproses imej BIONZ XR. Binaan tubuh dan kawalan dan sokongan skrin yang boleh diputar masih sama seperti generasi sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sony

Perbezaan terletak pada sokongan zum sudut ultra lebar di antara 18-50mm f1.8-4 yang lebih luas. Ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai adegan sama ada landskap atau swafoto berkumpulan.

Selain itu, model ini mempunyai mikrofon terbina dengan tiga mod pemilihan bunyi sama ada hadapan, belakang dan automatik dengan kesan audio yang boleh dilaras bergantung pada adegan rakaman.

Sumber Gambar: Sony

Kamera Sony ZV-1 II kini telah mula ditawarkan buat pasaran tempatan. Model ini dijual pada harga RM3,999 dengan sejumlah hadiah menarik seperti 64GB kad SD dan GP-VPT2BT Wireless Shooting Grip yang diberikan secara percuma.

Pemberian hadiah ini bagaimanapun hanya terhad untuk tempoh pratempah yang dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun akan datang. Jadi, rebut peluang ini untuk mendapatkan hadiah istimewa menerusi pratempah di laman rasmi Sony.