Jika sebelum in Apple memperkenalkan earphone wireless iaitu rekaan earphone tanpa wayar, kali ini giliran syarikat pengeluar kamera Hitachi, pula memperkenalkan teknologi kamera tanpa lensa. Wow!

Konsep kamera tanpa lensa ini mungkin agak sukar untuk diimaginasikan. Namun, dengan kemajuan teknologi yang membangun semakin pantas pada hari ini hampir tiada yang mustahil untuk dihasilkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarikat yang berpusat di Tokyo, Jepun, Hitachi menjelaskan teknologi ini menggunakan filem nipis yang dikhaskan sebagai penganti lensa. Kamera akan menangkap gambar melalui filem yang ditempatkan di antara objek dan sensor gambar. Informasi cahaya yang diterima oleh sensor kamera kemudiannya akan direkonstruksi menjadi gambar objek dengan bantuan algoritma khusus.

Dapatkan gambaran lebih jelas dengan melihat infografik yang disediakan di bawah.

Menurut Hitachi, Teknologi kamera tanpa lensa ini mungkin membuatkan kamera jadi lebih ringan dan nipis. Jika semuanya berjalan lancar, kamera tanpa lensa ini akan mula dikomersialkan pada tahun 2018 nanti dan ia merupakan yang pertama di Jepun.

Bagaimana agaknya reka bentuk kamera tanpa lensa ini agaknya?

Sumber