Hype burger nasi lemak nampaknya masih belum reda dan McDonald’s Malaysia turut melancarkan burger nasi lemak untuk pasaran Malaysia.

Kami menjadi antara yang pertama merasai burger nasi lemak ini dan bagaimana rasanya?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sambalnya memang ‘masuk’ dengan patty ayam goreng dan roti burgernya. Sambalnya tidak terlalu pedas dan sesuai untuk semua. Rasanya memang sama seperti nasi lemak cuma tak ada nasi sahaja.

Pihak McDonald’s sendiri sudah memberi effort yang lebih dalam menghasilkan sambal untuk burger nasi lemak ini dan di akhirnya, mereka berjaya hasilkan sambal yang terbaik.

Burger Nasi Ayam McD 3
Penerangan nasi lemak burger
Burger Nasi Ayam McD 2
Inti burger nasi lemak; timun, bawang, telur goreng & patty ayam goreng
Burger Nasi Ayam McD 1
Patty burger ayam yang tebal

Ianya akan mula dijual bermula esok pada harga RM16.95 untuk set medium. Tetapi jika anda berada di Kota Damansara, McD Kota Damansara sudah mula menjual set burger nasi lemak ini hari ini bermula jam 5 petang. Ayuh, rasa sendiri burger ini. Anda tak akan menyesal.