Masih ingat pizza ayam yang dilancarkan KFC Singapura awal tahun ini? Jangan risau sebab anda boleh rasa sendiri Chizza ini di mana-mana restoran KFC seluruh negara bermula hari ini.

Chizza ini sebenarnya pizza yang menjadikan ayam sebagai ‘roti’, ditabur potongan nenas dan disapu sos tomato pizza diatasnya. Yang paling best adalah limpahan mozzarella cheese di atasnya!

Jadi apa pandangan kami tentang Chizza ini? Pertamanya, kami sangka Chizza ini mungkin kecil tetapi sangkaan kami meleset kerana saiz Chizza ini besar dan padan dengan harganya. Chizza anda akan dihidangkan panas-panas supaya cheese di atasnya sentiasa cair di atas ayam anda. Banyak juga cheese yang KFC beri untuk Chizza ini.

chizza3
Cheese mozzarella yang boleh ditarik-tarik!
chizza2
Cheese melimpahi setiap permukaan ayam

Rasanya pula? Seperti yang dijangka, memang akan rasa pizza yang hadir daripada sos tomato yang disapu diatasnya. Rasa macam sos pizza jenama Pizza Hut pun ada. Rasa ayamnya pula sama seperti kepingan ayam untuk burger Zinger. Tak terlalu pedas. Banyak juga Kepingan nenas yang ada pada Chizza ini. Bagi yang kurang minat dengan nenas, memang kena asingkan ke tepi.

chizza cover
Satu set Chizza berharga RM11.90

Chizza dijual pada harga RM.7.90 untuk ala carte dan RM11.90 untuk set dengan air dan kentang goreng. Pada saya harganya berbaloi kerana cheesenya memang banyak dan saiz Chizza ini boleh tahan. Harap-harap selepas ini KFC boleh keluarkan pula versi ayam bersama cheese mozzarella ini sahaja tanpa sos pizza.