KFC Malaysia baru-baru ini telah melancarkan menu ayam goreng terbaru mereka, KFC Crunchy Tandoori. Kami yakin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam terbaru daripada KFC ini.

Kami menerima ‘kunjungan’ ayam baharu daripada KFC ini untuk dicuba dan apabila kotak dibuka, aroma ayamnya memang menusuk kalbu.

Menurut KFC, KFC Crunchy Tandoori ini diperbuat daripada pelbagai rempah ratus tanduri beraromatik termasuk garam masala, halia, jintan putih, serbuk bawang putih, dan cili merah. Perbezaan utama bila sekali pandang memang pada warna dan tekstur kulit ayamnya.

Memang nampak serbuk rempah yang berada pada permukaan kulit. Bagaimana pula rasanya? Ketika gigitan pertama, kami agak keliru akan rasanya; campuran rasa sedikit masam dan pedas. Pada kami, rasanya agak pelik dan apabila makan isinya, barulah rasanya boleh diterima.

Menurut KFC, anda akan rasa kombinasi rasa istimewa tanduri berasap (smoky) dengan ‘kick’ Hot & Spicy pedas apabila membuat gigitan pertama. Namun, kami berpendapat rasa Hot & Spicy itu ‘hilang’ dan tidak dapat dirasai.

Kami juga ada membaca komen netizen yang sudah mencuba menu KFC Crunchy Tandoori ini. Rata-rata mempunyai komen yang sama; beli sekadar mahu mencuba perisa baharu dan akan stick dengan Hot & Spicy. Namun, ada juga yang menyukainya dan sedap dimakan dengan nasi beriani katanya.

Secara mudah, rasa KFC Crunchy Tandoori ini bukan untuk semua. Jika anda mahu mencuba, boleh ke cawangan KFC berdekatan anda termasuk khidmat bawa pulang Pandu Ambil (Curbside Self Collect) atau buat sahaja pesanan secara dalam talian di kfc.com.my.

P/S: Jika diberi pilihan, kami mahu KFC Golden Egg Crunch buat comeback.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan KFC yang ada di The Vocket. Baca lagi pada pautan di bawah.

Crocs Perkenalkan Sandal Edisi ‘Ayam Goreng’ Hasil Kolaborasi Bersama KFC

KFC China Mula Jual Ayam Goreng Guna ‘Food Truck’ Tanpa Pemandu

KFC Singapura Kini Perkenalkan Menu Istimewa Kulit Ayam Goreng