Domino’s Pizza Malaysia baharu sahaja melancarkan produk terbaru mereka, Samyeang Pi-ja. Ianya perisa pizza baharu di mana sos pedas akan melimpahi setiap ruangan pizza yang anda pesan. Sekarang ini, jika anda jual produk yang berkaitan Korea Selatan, pasti akan laku produk anda itu. Adakah pizza ini sekadar marketing strategy Domino’s?

Sebagai peminat makanan pedas, kami rasa sangat curious dengan perisa baharu Domino’s ini dan semalam, kami pesan sendiri perisa ini untuk makan tengah hari. Mudah sahaja, anda cuma perlu telefon hotline Domino’s, dan tunggu sahaja pesanan anda tiba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
dominos 3
3 jenis pilihan; tuna, ayam dan daging

Kami pilih pizza Samyeang Beef dalam versi thin crust dan kos termasuk penghantaran adalah RM45. Rasa macam mahal tetapi pizza ini besar dan ya, mereka memang tidak kedekut bahan dalam pizza mereka ini. Keju banyak, daging juga banyak dan yang paling penting, sos pedas samyeangnya juga banyak.

Bila anda tengok buat pertama kali, memang nampak sedap. Tetapi bagaimana pula rasanya? Bila gigitan pertama, memang sudah terasa kepedasannya. Rasa pedas dengan pizza versi thin crust ini memang padanan yang sempurna. Jadi kami sarankan jika anda mahu memesan pizza ini, ambil versi thin crust. Daging pada pizza ini juga tidak kenyal, mudah untuk kita telan.

Dominos 1
Keju dan sos pedas yang melimpah

Pizza ini tidaklah sepedas ramen Samyeang dan pada pandangan kami, ianya bagus. Tidaklah anda menderita untuk habiskan pizza ini. Pedasnya just nice dan sedap untuk dimakan.

Jika anda terliur melihat gambar pizza ini, bolehlah menempah pizza ini menerusi hotline Domino’s. Kami puas hati dengan rasa Samyeang Pi-ja ini dan kami recommend pizza ini untuk anda cuba.