Baru-baru ini media sosial heboh dengan berita penahanan 26 individu yang melancong ke Melaka dengan dakwaan mereka mahu melakukan aktiviti berlumba haram di negeri tersebut.

Ada beberapa individu, @ismat.ammar dan @m_z.zaidie tampil memberikan penjelasan menerusi platform TikTok menyatakan mereka diserbu pada pukul 2 pagi di kawasan homestay, bukan sedang berlumba di atas jalan raya Melaka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@m_z.zaidie

kami d serbu d homestay..cas kami berlumbe dn buat bising… ap akta yg mereke gune… utk sita dri rumah.. #polismelakahawau #kamidianayai

♬ Ya Allah – Wali

@ismat.ammar

#ad Reply to @nurmanfarihin Apa salah kami datang Melaka nak buat familyday 🥲🙏🏻 #ProtonMalaysia #SatriaSociety #Satriagasm #fypシ #eksekeli #xyzbca

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menurut laman Facebook Kaki Restore, individu-individu dari Terengganu, Perak, Kedah, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Johor itu telah merancang sejak bulan Oktober tahun lalu untuk mengadakan ‘Family Day’ di negeri Melaka baru-baru ini.

Namun aktiviti Hari Keluarga itu ‘terganggu’ setelah homestay yang didiami mereka telah diserbu oleh penguatkuasa pada pukul 2 pagi setelah didakwa merancang untuk mengadakan perlumbaan haram di negeri tersebut.

Memetik laporan Utusan, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kesemua kenderaan itu ditahan dalam tiga operasi berasingan selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan trafik selain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil pemeriksaan yang dibuat, sebanyak 55 saman dikeluarkan membabitkan 26 buah kereta yang telah dibawa ke IPK Melaka atas pelbagai kesalahan trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pihak polis telah mengeluarkan 30 saman ke atas pemilik kenderaan terbabit manakala JPJ sebanyak 25 saman.

“Antara kesalahan dilakukan termasuklah mengubah suai enjin, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ekzos bising,” terang beliau dalam satu sidang media yang dibuat baru-baru ini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca penjelasan pemuda yang memenangi Ford Mustang apabila dia didakwa kemenangannya telah diatur oleh pengajur pertandingan memancing.

Didakwa Menang Mustang Sebab ‘Kroni’, Pemuda Nafi Kemenangannya Diatur Penganjur

Dakwa Boleh Tingkatkan Prestasi, Tindakan Lelaki Ini Masukkan Cecair Dalam Nozel Undang Kecaman Netizen

Sumber