Pasukan besbol Olimpik Israel meminta maaf semalam setelah memuat naik video TikTok di mana mereka melompat di atas katil yang diperbuat daripada kadbod. Difahamkan bahawa tujuan asal mereka melompat seramai sembilan orang di atas katil tersebut adalah untuk menguji tahap kekuatan katil yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Kata Ben Wagner kepada Times Of Israel, mereka tiada niat untuk tidak menghormati tuan rumah dan tujuan mereka hanyalah untuk melihat adakah katil itu kukuh. Wagner menjelaskan walaupun katil tersebut hancur, pasukannya mempunyai katil tambahan untuk mereka. Tambahnya lagi, beliau menikmati tidur di katil kitar semula tersebut dan berharap agar teknologi ini digunakan untuk Olimpik di masa hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kecenderungan atlet Israel menguji ketahanan katil tersebut hadir selepas beberapa teori daripada warganet bahawa pihak penganjur membina katil yang melarang para atlet untuk melakukan aktiviti persetubuhan atau dilabel sebagai anti-seks oleh pengguna laman sosial.

Teori ini menyebabkan sebahagian daripada atlet mencuba pelbagai cara untuk menyangkal teori tersebut dan memuatkan video tersebut di lama sosial. Paul Chelimo, pelari jarak jauh dari Amerika Syarikat mendakwa di Twitter bahawa tempat tidur yang disediakan ini tidak mampu untuk menyokong lebih dari satu orang dan ia “bertujuan untuk menghindari hubungan akrab di antara atlet.”

Manakala bagi Rhys McClenaghan, atlet gimnastik dari Ireland mempunyai teori lain mengenai katil tersebut. Dia berjaya membuktikan bahawa teori Paul Chelimo itu salah dengan merakam video dia melompat di tempat tidur tersebut. Dia membuktikan bahawa katil tersebut sebenarnya mampu menahan lebih dari dua orang. Ciapan Rhys kemudiannya di ulang ciap oleh akaun rasmi Olimpik dengan mengucapkan terima kasih kepada Rhys kerana berjaya membongkarkan mitos tersebut.

Namun tindakan daripada atlet Israel tersebut didakwa keterlaluan dan mendatangkan kerosakan kepada harta benda yang disediakan percuma. Tindakan mereka ini juga telah menerima kecaman daripada warga Jepun sendiri yang jelas tidak suka dengan tingkah laku atlet Israel.

Jawatankuasa Olimpik Israel dalam satu kenyataan mengatakan bahawa setelah melihat video tersebut dan telah memanggil pengurus pasukan untuk meminta penjelasan. Mereka menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh pasukan besbol Israel adalah kebudak-budakan dan meminta maaf di atas tindakan tersebut.

Atlet Israel buat hal, hancurkan katil kadbod yang disediakan secara percuma di sukan Olimpik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Atlet Israel Buat Hal, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Secara Percuma Di Sukan Olimpik

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Katil Anti-Maksiat, Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020