Umum mengetahui bahawa golongan LGBT kini lebih lantang menyuarakan ideologi mereka dan adegan berkaitan LGBT juga boleh dilihat di dalam filem atau drama.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi kembali oleh pengguna Twitter telah tular dan menjadi perhatian orang ramai. Video itu memaparkan seorang individu yang memberikan komen tentang harapan dan impian golongan LGBT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video tersebut, individu itu mendakwa golongan LGBT dilayan kasar seperti bukan ‘saudara Islam’ dan mahu ‘bebas’ seperti orang lain agar dapat beri sumbangan kepada negara. Malah, individu terbabit juga mengatakan mahu mereka diterima masyarakat.

Susulan penularan video tersebut, rata-rata netizen mengeluarkan pendapat mereka dan tertanya-tanya apakah hak yang mereka mahu sebenarnya. Malah, segelintir netizen turut berpendapat bahawa mereka menerima sebagai individu tetapi tindakan LGBT itu tidak diterima.

https://twitter.com/afiqjiwa_14/status/1600082620745801729

Bukan itu sahaja, para netizen yang beragama Islam mengatakan bahawa LGBT ini haram dan jika mereka mahu kebebasan untuk menyebarkan ideologi mereka, pasti akan memberikan impak negatif kepada sistem secara menyeluruh seperti penggunaan tandas, hak jantina terutama wanita dan banyak lagi.