Anda yang pernah ke Australia pasti pernah makan dan merindui ayam goreng NeNe Chicken. Buat yang merindui, anda tidak perlu lagi ke Australia atau Singapura kerana NeNe Chicken sudah membuka cawangan pertama mereka di Genting Highlands.

Nene Chicken Sky Avenue, Genting Highlands adalah cawangan pertama rangkaian ini di Malaysia. Malaysia merupakan negara keempat di luar Korea Selatan yang mempunyai cawangan NeNe Chicken ini selepas Australia, Singapura dan Hong Kong.

Nene 1
Pengerusi NeNe Chicken Korea, Chul Ho Hyun merasmikan outlet pertama NeNe Chicken di Malaysia

Menarik tentang NeNe Chicken adalah terdapat 4 pilihan flavour yang boleh dipilih iaitu Original, Swicy, Freaking Hot dan Bulgogi. Ketika majlis pelancaran ini, kami sudah mencuba kesemua pilihan ayam yang ada. Khabarnya ada tambahan dua jenis perisa lagi yang akan diperkenalkan di masa akan datang.

Kesemua perisa yang ada sedap-sedap belaka tetapi jika perlu memilih, kami akan pilih perisa Bulgogi dan Freaking Hot. Pedas Freaking Hot ini bukan main-main. Bila ianya dihidang ketika masih panas, bertambah pedas ayam perisa Freaking Hot ini. Bulgogi pula untuk anda yang tidak suka pedas kerana rasanya yang manis.

nene 2
Perisa ‘Freaking Hot’ yang padu
Nene 3
4 pilihan perisa ayam yang ada di NeNe Chicken
nene 4
Harga untuk hidangan ayam di NeNe Chicken

Bagi anda yang tidak mahu makan ayam goreng, burger yang ada di NeNe Chicken ini memang berbaloi kerana sizenya yang besar disertakan sayuran segar dan sos kimchi. Lagi satu must try item di Nene Chicken ini pula adalah aiskrim popular mereka, Black Sesame Soft Serve Ice Cream.

Dari segi harga untuk set makanan di NeNe Chicken ini bagi kami sangat berpatutan. Jika anda biasa makan Kyochon, harganya lebih kurang sama dengan satu set hidangan ayam goreng di Kyochon. Rasanya? NeNe Chicken tidak sama dengan Kyochon dan perisa Freaking Hot lebih pedas jika perlu dibandingkan dengan perisa ayam pedas di Kyochon.

nene 5

Menurut pihak NeNe Chicken, lebih banyak cawangan NeNe Chicken akan dibuka di Malaysia di masa akan datang dan dalam masa terdekat, satu cawangan lagi akan dibuka di Starling Mall, Damansara.

Buat masa ini, jika anda mahu cuba atau rindukan ayam goreng NeNe Chicken, anda perlu naik Genting Highlands terlebih dahulu. Alang-alang ber-shopping di Genting Premier Outlet, boleh terus makan di sini.