January 9, 2017 12:12 AM

Pada awal tahun tahun lepas, Google Play telah memperkenalkan sebuah lagi servis terbaru untuk pengguna iaitu Google Play Movies.  Servis ini memfokuskan kepada penyewaan dan pembelian filem lama dan baharu.

Memandangkan baru-baru ini, Google Play Movies telah mengadakan promosi, kami sempat mencuba servis ini dengan harga RM1.49 sahaja untuk sebuah filem. Berikut merupakan pilihan filem yang tersenarai pada menu utama Google Play Movies.

Harga untuk sesebuah movie bermula daripada RM10 dan keatas.

Suatu perkara yang menarik mengenai Google Play Movies adalah pemilihan platform yang ingin ditonton. Pengguna diberikan pilihan untuk menonton filem sama ada di Youtube, Chromecast dan smartphone. Pemilihan sarikata daripada pelbagai bahasa yang banyak antara yang ditawarkan Google Play.

Walaubagaimanapun, kami agak kecewa dengan pilihan yang ditawarkan dimana cuma definisi SD ditawarkan buat pengguna smartphone meskipun menggunakan smartphone dengan paparan full HD. Hasilnya, filem yang ditonton tidak akan memenuhi skrin dan tidak begitu jelas sepertimana definisi HD.

Adakah berbaloi?

Sekiranya filem yang ingin ditonton hanya tersedia di Google Play Movies, menggunakan Google Play Movies dilihat sebagai langkah yang berbaloi.

Jika filem yang ingin anda tonton tersedia di aplikasi penstriman yang lain seperti iflix dan Netflix, kami sarankan anda melanggan servis ini selama sebulan memandangkan kedua-dua ini servis ini berkongsi harga yang hampir sama untuk dua tempoh berbeza.

Buat anda yang ingin mencuba, kami sarankan anda cuba dengan waktu terdekat kerana tempoh promosi ini akan berakhir pada 23 Januari 2017 ini. Pihak Google cuma mengehadkan satu movie dengan harga promosi buat satu pengguna. Klik di sini untuk harga promosi.