Penduduk warga Myanmar yang tinggal di Bukit Malut, Langkawi, Kedah menuntut agar mereka dilayan sama rata seperti rakyat Malaysia yang lain serta diberikan keistimewaan sama seperti rakyat tempatan.

Mereka memberi alasan bahawa keturunan asal mereka merupakan rakyat Kedah yang dikenali sebagai Melayu Islam Kedah (MIK) dan mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah membenarkan mereka tinggal di Bukit Malut sejak awal 80-an lagi.

Sejak daripada itu, dianggarkan, ada kira-kira 1,000 rumah dibina di kawasan Bukit Malut yang merangkumi hutan paya, pesisir laut dan lereng bukit dengan jumlah penduduk dikatakan sudah melebihi 10,000 orang ketika ini, berbanding hanya kira-kira 800 rumah beberapa tahun lalu.

Namun mereka kesal dengan sebahagian rakyat Malaysia yang seolah-olah menafikan hak dan kehadiran mereka, malah ada pula sebahagian daripada rakyat tempatan yang masih menganggap mereka ini adalah pendatang asing tanpa izin (PATI).

Abdullah Mohd yang berusia 50 tahun, bekerja sebagai Imam Masjid Bukit Malut berkata bahawa kebanyakan warga Myanmar di Bukit Malut layak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia kerana telah mendapat status rakyat Malaysia dan memiliki kad pengenalan.

Tambah Abdullah lagi, penduduk warga Myanmar yang menetap di Bukit Malut juga layak mendapat keistimewaan sama seperti rakyat tempatan dengan alasan bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Dia merasakan adalah tidak adil jika penduduk Bukit Malut dinafikan hak mereka oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka telah lama mendapat kerakyatan, “kami pun rakyat Malaysia dan perlu mendapatkan kemudahan sama seperti masyarakat lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Manakala Jamaluddin, berusia 57 tahun pula berharap agar kerajaan Malaysia membela nasib mereka selaku sebahagian daripada rakyat Malaysia. Beliau juga menuntut agar disediakan satu kawasan penempatan baharu yang lebih selesa.

Ini bagi membuka peluang kepada generasi baharu keluarga di Bukit Malut untuk berkembang masa depan mereka kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga warga Myanmar yang diberikan kerakyatan mendapat pekerjaan di agensi kerajaan dan mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, kata Yaakub.

Untuk rekod, Pada Jun tahun 2019, Berita Harian pernah mendedahkan bahawa Bukit Malut sudah dianggap sebagai kawasan paling hitam di Langkawi berikutan berlaku banyak kegiatan jenayah, termasuk penyeludupan berikutan kehadiran warga asing tidak terkawal.

Penempatan haram Bukit Malut juga membesar dengan lebih banyak rumah dibina dan tapak baharu diteroka tanpa kebenaran pihak berkuasa. Penempatan mereka dikatakan bermula di kawasan rizab hutan paya bakau, tetapi kini sudah merangkumi kawasan lereng bukit sehingga menghampiri jalan utama.

Malaysia bakal hantar pulang 1,200 tahanan Myanmar kepada tentera laut. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Bakal Menghantar Pulang 1,200 Tahanan Myanmar Kepada Tentera Laut

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid