rumahSudah menjadi lumrah pasangan bercinta untuk hidup bersama dan membina mahligai bahagia.

Tidak lama lagi cuti sekolah. Pasti ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kali ini kami ingin bawakan sedikit kupasan tentang simpanan dan tabungan bagi wanita single oleh Azizul Azli Ahmad.

Harapan kami agar ia dapat memberikan anda ruang untuk berfikir dan merancang masa depan anda.

_______________________________________

GADIS DAN RUMAH IDAMAN

Anggapan saya bahawa setiap gadis perlukan kediaman. Impian bila kawin suami akan sediakan rumah menjadikan anda gadis yang kurang mandiri. Untung jika dapat suami yang berkualiti. Bagaimana jika dapat suami yang macam roti, hari keempat sudah kulat disana sini.

Rumah yang dibeli sebelum nikah bukan harta sepencarian. Jika suami tetiba ‘meroyan’ anda masih ada kediaman. Tidak tinggal disurau atau tepi jalan. Atau kembali kekampung halaman. Lebih istimewa ia sebuah pelaburan, yang menjanjikan pulangan.

Mulalah merancang cari sebuah kediaman, biar kecil tetapi mapan. Persiapan untuk masa depan. Langit tidak senantiasa ada awan, kadang kadang hujan sampai petang.

Anak Muda,

Bercinta memang indah, sediakan payung sebelum basah. Bila mata lebam baru nak gelabah. Menangislah anda tak sudah sudah.

Satu Gadis Satu Kediaman Jadikan ia satu impian.

Credit : Azizul Azli Ahmad, dengan izin.

___________________________________________

Like page The Vocket di Facebook