Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Azwan Trainpackers. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Nampaknya semakin banyak lokasi menarik yang boleh anda terjah jika travel ke Thailand.

percutian-ke-thailand-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Primo Piazza di Khao Yai

Siapa yang rasa belum berkemampuan untuk ke Venice Italy atau nak tengok ladang dekat New Zealand, tak perlu risau. Korang cuma pergi ke negara jiran kita di sebelah ni je dah ada bandar ala Venice dan ladang lembu ala New Zealand tu hehehe.

Siapa yang akan ke Bangkok tu boleh la cuba datang ke daerah di utara Bangkok ni iaitu Nakhon Ratchasima.

Korang boleh ambik keretapi laju atau keretapi biasa dari stesen Hua Lamphong Bangkok ke stesen Nakhon Ratchasima.

Perjalanan keretapi dalam 5 jam 30 minit macam tu je. Harga dalam 50 Thai Bath (RM6).

Kemudian bila tiba di stesen keretapi Nakhon Ratchasima korang ambil la teksi, bas atau TukTuk nak ke Khao Yai iaitu pekan kecil di Nakhon Ratchasima ni.

Kalau naik TukTuk dari station train Ratchasima ke Khao Yai harga dalam 100 Thai Bath (RM12). Dekat situ terdapatnya bandar seperti Venice ni yang bernama Primo Piazza Khao Yai dan jugak ladang lembu seperti di New Zealand tu yang bernama Chockchai Farm Khao Yai.

Dari station train Nakhon Ratchasima ke Khao Yai ni jaraknya dalam 25 km mcm tu.  Waktu kedai di primo piazza adalah dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam dan Ladang Chockchai farm tu dari 9 pagi hingga 6 petang saja.

Baca: 8 Destinasi Menarik Dengan Harga Bajet Yang Boleh Dikunjungi Di Thailand

percutian-ke-thailand-2

Berada di pekan Khao Yai, Daerah Nakhon Ratchasima

percutian-ke-thailand-4

percutian-ke-thailand-6

Ladang lembu Chockchai Farm di Khao Yai

percutian-ke-thailand-5

percutian-ke-thailand-7

Berada di Khao Yai daerah Nakhon Ratchasima

Terdapat jugak di situ The Factory Chocolate dan bandar Palio Khao Yai.  Dekat Primo Piazza Khao Yai ni jugak terdapat hotel kalau korang nak tinggal bermalam di situ ya.

Cadangan aku korang pergi masa bulan Januari atau Febuari sebab sejuk dan berkabus. Nampak real sikit seperti di negara Europe hehehe.  Selamat berjalan!!

Baca lagi: 6 Strategi Berjimat Sewaktu Travel Di Bangkok, Thailand

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram