Awal pagi ini Instagram melalui blognya telah memperkenalkan sokongan multi-akaun untuk semua pengguna. Sokongan ini hadir selepas Instagram menguji sokongan ini pada platform iOS dan Android.

Kini, pengguna boleh log in banyak akaun pada satu smartphone. Tidak perlu lagi beli smartphone kedua, ketiga, keempat untuk log in akaun berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sokongan terbaru ini sangat memudahkan pengguna yang menguruskan banyak akaun Instagram, sama ada dengan tujuan berbisnes, fake account untuk menjadi pahlawan papan kunci atau pun menguruskan akaun kucing yang dibela. Ada juga yang menggunakan banyak akaun untuk mengikuti 11 traveler popular Malaysia di Instagram.

Cara untuk menggunakan multi-akaun ini sangat mudah walaupun kami perlu menunggu sejam dua untuk mendapat kemaskini dari Instagram. Anda boleh tambah akaun baru pada menu setting. Kemudian hanya perlu tap pada username di bahagian atas profile untuk menukar akaun.

Sekiranya anda tidak jumpa add account pada bahagian setting mungkin anda perlu tunggu sedikit masa lagi dan kemaskini app Instagram anda dahulu.

Oh ya, jangan lupa follow @thevocket di Instagram.