Mahasiswa merupakan satu gelaran eksklusif buat penuntut ilmu yang telah melepasi tempoh pendidikan formal di peringkat sekolah menengah.

Bagi yang berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, fokus mereka semestinya kepada bidang yang telah ditawarkan oleh pihak universiti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aktiviti dalam dan luar kampus menjadi cabaran utama buat mana-mana mahasiswa kerana di peringkat ini mahasiswa sewajarnya perlu lebih bijak dalam berpendirian.

Kebebasan yang diberikan oleh pihak universiti serta pengaruh rakan sebaya boleh sahaja mempengaruhi kecenderungan dan pemikiran mahasiswa dalam menilai sesuatu isu.

Kami ingin berkongsi pandangan Saudara Zul Fikri Zamir, berkaitan dengan dilema mahasiswa hari ini.

Harapan kami agar kupasan ini dapat membantu bukan saja mahasiswa tetapi juga mereka yang telah habis belajar untuk melihat sesuatu isu dari berbagai sudut yang berbeza dan tidak hanya terikat kepada satu pandangan sahaja.


 

DILEMA MAHASISWA SOTONG & SIKAP TERPILIH

1. Tak ada salahnya mahasiswa rempuh pintu pagar Universiti Malaya malam tadi.
2. Yang salah ialah yang duduk depan laptop tekan ‘keyboard’ sambil tunggu Suamiku Dan Aku Sama-sama Sotong Bangang Nak Mampus depan TV – kemudian sembang macam depa bagus sangat.
3. Yang rempuh pagar malam tadi paling kurang telah ambil satu ‘sikap’ dalam diri mereka, untuk turut serta dalam proses demokrasi.
4. Cuma masalahnya ialah, kekuatan yang berjaya dikumpul malam tadi tidak diurus dengan baik.
5. Kekuatan mahasiswa sepatutnya lebih besar dari setakat rempuh pagar atau tunggu Anwar Ibrahim bagi pidato .
6. Bayangkan kekuatan penuh mahasiswa rempuh pagar malam tadi dikumpulkan di Kg Chubadak tengah hari ini, sudah tentu rumah Makcik Wahidah tidak berjaya dirobohkan.
7. Tak ada salahnya mahasiswa nak demonstrasi.
8. Yang salah ialah demonstrasi itu terpilih untuk yang popular dan orang tertentu sahaja.
9. Tunjuk sikap kalau sekadar untuk Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Rosmah Mansur atau Khairy Jamaludin – janganlah mimpi nak guna hashtag ‪#‎mahasiswabangkit‬.
10. #Mahasiswabangkit apabila tunjuk sikap kepada petani, nelayan, peniaga jalanan dan warga tertindas.
11. Inilah dilema baharu mahasiswa, dilema mahasiswa sotong.

Kredit : Saudara Zul Fikri Zamir, dengan izin.


 

P/s: Kami paling setuju #6 dan #10. Fikir-fikirkan lah.

Like page TheVocket di Facebook.