Sejak mula timbul cadangan kerajaan untuk mendapatkan tanah Kampung Baru bagi membina prasarana dan infrastruktur terbaru, penduduk Kampung Baru serta para netizen nampaknya mempunyai perselihan pendapat mengenai isu ini.

Terdapat segelintir netizen yang berpendapat Kampung Baru harus dikekalkan seperti sedia ada melihat kepada lokasi tempat tersebut yang ikonik serta berada di tengah Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang berpendapat sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, difahamkan pihak kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengambil tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya terdapat pemilik tanah yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka.

20181009_PEO_KHALIDABDULSAMAD_MINISTEROFFEDERALTERRITORIES5_LYY_TEP
Sumber: Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad. Sumber: Edgeprop

Perkara ini disebutkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad yang menyifatkan langkah ini mungkin langkah terakhir kerajaan demi keadilan pemilih tanah lain yang bersetuju menjual bahagian mereka.

Difahamkan situasi ini cuma dibuat sekiranya terdapat tanah yang mempunyai sepuluh penama telahpun dipersetujui oleh tujuh pihak manakala tiga lagi penama tidak bersetuju dengan penjualan tanah meskipun selepas rundingan dibuat.

Selain itu, YB Khalid Samad berpendapat langkah pengambilan tanah ini secara tidak langsung bakal membantu mereka yang kurang berkemampuan dengan pemberian pampasan.

Pihak kerajaan juga sedia menawarkan harga baharu sebanyak RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula kawasan berkenaan dimana RM850 daripada akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan oleh pemilik tanah.

kampung-baru-01-1
Sumber: Malaysiadateline

Setakat ini perbincangan diantara dua pihak ini masih lagi dalam perbincangan dan keputusan muktamad bakal diumumkan pihak kerajaan kelak. Bagaimana dengan pendapat mengenai situasi yang berlaku ini?

Ikuti penjelasan mengapa Kampung Baru wajar dikekalkan mengikut padangan wanita ini. Selain itu, sebuah Menara Kediaman Tertinggi Malaysia bakal dibina di Bukit Bintang. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Wanita Ini Kongsi Pandangan Mengapa Penting Kita Mengekalkan Warisan Kampung Baru

Menara Kediaman Tertinggi Malaysia Bakal Dibina Di Bukit Bintang

Sumber