Trip kami ke Beijing – Tianjin – Harbin pada 25 Disember 2017 – 2 Jan 2018.

Highlight utama trip kami adalah ke Harbin, yang terletak di utara China, bersempadan dengan Russia (sejam penerbangan ke Vladivostok atau 12 jam dengan keretapi / bas), Korea Utara, dan Hokkaido, Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami ke Harbin dari Tianjin, menaiki keretapi hard sleeper selama 12 jam.

Harbin terkenal dengan suhu sejuk yang ekstrim semasa musim sejuk, mencecah -38°c. Sewaktu kami di sana, suhu tertinggi adalah -14°c dan suhu terendah -24°c.

Sejuknya memang menggila. Bila di luar, kejap-kejap kami lari masuk dalam kedai sebab nak panaskan badan bila berjalan. Pakai thermal wear memang membantu, tapi bab tangan dan kaki masih tak mampu nak atasi walaupun tepek warmer atas bawah kaki.

Patutlah bila kami jumpa orang dan beritahu nak ke Harbin, semua macam – “like seriouslyyyy it’s too cold in Harbin!

Yeah we know, but this is what we’re looking for hiks.

trip-ke-harbin-1

trip-ke-harbin-2

trip-ke-harbin-3

trip-ke-harbin-4

trip-ke-harbin-5

trip-ke-harbin-6

trip-ke-harbin-7

Sepanjang di Harbin selama 5 hari, boleh dikatakan sangat jarang jumpa orang Malaysia terutamanya Melayu. Chinese Malaysian ada beberapa yang kami jumpa, dan kebanyakannya sangat peramah dan tegur bila dapat tahu kami orang Malaysia.

Back to the story, di Harbin, kami ke beberapa tempat yang menjadi tarikan utama antaranya Ice & Snow Festival yang terkenal tu.

Untuk kali ni, saya nak share dulu tentang Volga Manor, satu perkampungan Russia yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari bandar Harbin.

 

trip-ke-harbin-8

trip-ke-harbin-9

trip-ke-harbin-10

trip-ke-harbin-11

trip-ke-harbin-12

trip-ke-harbin-13

Volga Manor ni ibarat hidden gems di Harbin. Belum ramai yang tahu dan untuk ke sana jugak tak mudah untuk menggunakan pengangkutan awam. Nak naik bas boleh, tapi perjalanan 3 jam dan kena bertukar bas beberapa kali (agak kurangselesa kecuali ada banyak masa).

Kebanyakan hostel/hotel lebih fokus ke Yabuli & Snow Town, walhal Volga Manor pun tak kurang menariknya. Kami minta hostel tempahkan teksi untuk return trip.

Kos RMB300 per teksi untuk setengah hari, dan pemandu teksi kami juga sangat baik & membantu, boleh juga cakap English serba sedikit. Recommended.

Di Central Street ada juga arrange trip ke sini secara berjemaah, tapi kena pergi sendiri ke Beijing Jie (Beijing Street), dalam 45 minit dari Harbin sebelum turut serta dalam trip. Pilihan ini kurang sesuai dengan kami. Dengan tak reti cakap Mandarin, nanti entah kemana kami pergi.

Entrance fee adalah sebanyak RMB150, termasuk dengan pakej main sledding yang super best! Kalau nak tengok Russian Art Performance, boleh tambah lagi RMB50 (setiap jam 11am & 2pm).

Kat dalam Volga Manor ni ada banyak bangunan bercirikan Russia, semuanya cantik dan unik. Ada juga tasik yang beku, salji memutih bertaburan, kawasan pokok seperti di Rime Island, Jilin, kucing-kucing gebu bulu panjang, dan sebagainya. Nak main ski pun boleh kat sini, tapi kena bayar lain lah. Setengah hari dah cukup nak explore satu kawasan Volga Manor.

Overall, Volga Manor ni recommended untuk dilawati. Kalau berpeluang ke Harbin, sila la ke sini. InshaAllah berbaloi.

trip-ke-harbin-14

trip-ke-harbin-15

trip-ke-harbin-16

trip-ke-harbin-17

trip-ke-harbin-18

trip-ke-harbin-19

trip-ke-harbin-20

Baca lagi: Cara Ke Tembok Besar China Tanpa ‘Tour Guide’ Dan Di Lokasi Kurang Pelawat