Kamus Cambridge Bahasa Inggeris secara rasmi telah menukar definisi ‘lelaki’ dan ‘wanita’ kepada maksud yang lebih terbuka. Difahamkan bahawa definisi baharu ini lebih terarah kepada mereka yang tidak pasti jantina mereka atau mereka yang mahu ‘dikenali sebagai wanita atau lelaki’. Perubahan yang dibuat oleh Cambridge ini bagaimanapun telah menimbulkan kekecohan.

News Corp melaporkan bahawa maksud kedua-dua perkataan itu kini telah dikemas kini definisinya, di mana ‘lelaki’ dan ‘wanita’ bermaksud orang dewasa yang dikenal pasti sebagai lelaki atau wanita namun sebenarnya mempunyai jantina yang berbeza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kamus itu turut memberi contoh bagaimana perkataan itu boleh digunakan dalam konteks seseorang yang transgender, ‘Dia adalah wanita transgender pertama yang dipilih,’ atau, ‘Mary ialah seorang wanita yang dikategorikan sebagai lelaki semasa lahir.’

Ramai yang berpendapat bahawa maksud baharu bagi ‘lelaki’ dan ‘wanita’ ini tidak tepat dan masyarakat umum bakal menerima kesan akibat daripada kekeliruan ini.

Pengulas politik Steven Crowder menulis, “Kamus Cambridge baru sahaja mengubah takrifan ‘wanita’. Ingat, jika anda boleh mengawal bahasa, anda boleh mengawal populasi.”

Manakala pengacara Sophie Corcoran dalam ciapannya pula berkata, “Cuba dan beritahu saya bahawa mereka tidak cuba membuang wanita.

“Kamus Cambridge telah mengubah definisi wanita. Ini tidak boleh diterima. Kita tidak akan dipadamkan.

“Wanita = manusia dewasa perempuan. Bukan seseorang yang mahu ‘dikenali sebagai perempuan’.”

https://twitter.com/sophielouisecc/status/1602726247267713024?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1602726247267713024%7Ctwgr%5E15e331f44e09cda88d82e9156f184254c2cf5b64%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ladbible.com%2Fnews%2Fthe-cambridge-dictionary-changes-definition-of-man-and-woman-958872-20221214

Bagaimanapun, presiden Persatuan Beaumont, sebuah badan amal yang menyokong transgender dan orang bukan binari, Dr Jane Hamlin, mengalu-alukan perkembangan itu, menurut The Telegraph.

“Ini adalah berita baik. Terdapat begitu banyak maklumat salah yang ditulis mengenai definisi ‘lelaki’ dan ‘wanita’ akhir-akhir ini, tetapi definisi ini jelas, ringkas dan betul. Tahniah kepada pasukan Kamus Cambridge!”

Pihak Kamus Cambridge pula berkata bahawa perubahan yang dibuat ini adalah selepas sebuah kajian bagaimana perkataan ini digunakan di seluruh masyarakat, dan menyimpulkan bahawa takrif baharu itu ialah takrifan yang “harus diketahui” oleh pelajar bahasa Inggeris.