Kanada telah menamatkan kontrak dengan pembuat sarung tangan dari Malaysia, Supermax Corporation berikutan dakwaan mengenai buruh paksa, kata jabatan perkhidmatan awam dan perolehan negara itu seperti yang dilaporkan oleh CNA. Ini bukanlah kali pertama syarikat dari Malaysia yang menggunakan tenaga kerja luar untuk kerja-kerja pembuatan mendapat perhatian dunia mengenai penyalahgunaan pekerja asing.

Kanada telah menghentikan import sarung tangan Supermax pada November yang lalu selepas laporan audit menunjukkan bahawa terdapat amalan buruh paksa dari syarikat terbabit. Pada bulan yang sama juga, Supermax berkata bahawa ia akan mempercepatkan proses untuk memenuhi piawaian buruh yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

“Berdasarkan keseriusan dakwaan dan masa yang dijangkakan untuk keputusan audit akhir, kerajaan Kanada telah memutuskan, dan Supermax Healthcare Canada telah bersetuju, untuk menamatkan dengan persetujuan bersama dua kontrak sedia ada untuk pembekalan sarung tangan nitril,” kata jabatan itu memberitahu Reuters dalam satu kenyataan melalui e-mel pada hari Selasa.

Tindakan Kanada untuk menghentikan import barangan keluaran Supermax pada November lalu adalah berikutan larangan sama yang dikeluarkan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat pada Oktober lalu, di mana AS berkata mereka mempunyai maklumat yang munasabah mengenai aktiviti buruh paksa dalam operasi pembuatan di Malaysia.

Dakwa guna buruh paksa, AS larang import minyak sawit Malaysia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia

Dakwa Guna Buruh Kanak-Kanak, Amerika Syarikat Sedia Haramkan Import Produk Sawit FGV

Jenama Uniqlo Dan Zara Disyaki Terlibat Dalam Jenayah Buruh Paksa Umat Islam Uighur