Sejak kebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia membuat kejutan hadiah har jadi dengan menggunakan perkhidmatan surprise delivery dan surprise box buat insan yang tersayang.

Baru-baru ini pengguna TikTok dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik oleh akaun @9tripleone di mana beliau membuat penghantaran Nissan GT-R R35 yang merupakan ‘hadiah’ buat seorang kanak-kanak lelaki yang menyambut hari lahirnya yang ke-10.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awal video berkenaan lori kontena bertutup itu diiringi oleh beberapa buah Nissan GT-R R35 lain menuju ke sebuah lokasi. Sejurus sampai, lori kontena disambut oleh ahli keluarga serta kenalan kanak-kanak lelaki itu.

@9tripleone

Hadiah R35 kepada anak nya terbaik bos 🥳🥳🥳🥳 #suprisebox #suprisedelivery #doublelautoassist #9tripleone #viral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #petalingjaya #r35gtr #skyline

♬ original sound – jai – Jai

Seseorang memakai kostum Optimus Prime menghampiri kanak-kanak lelaki itu dan menyerahkan sebuah kotak dan apabila dia membuka kotak itu, ada kunci kereta di dalamnya.

“GT-R ini hadiah buat hari jadi awak. Okay, gembira? Selamat hari jadi Amaran,” ujar bapa kanak-kanak lelaki itu.

Reaksi kanak-kanak lelaki itu sangatlah priceless selepas dia duduk, hidupkan enjin dan rev kereta ‘supercar-killer’ tersebut. Dia sendiri tidak menyangka akan menerima sebuah Nissan GT-R R35 sebagai hadiah hari jadinya yang ke-10.

Sejurus itu kanak-kanak lelaki itu memotong kek sambil bergambar dengan ahli keluarga serta rakan-rakan untuk mengabadi kenangan manis tersebut.

Rata-rata ramai pengguna TikTok menyatakan di ruangan komen satu video sambungan lain bahawa kanak-kanak itu beruntung kerana dihadiahkan kereta Jepun yang menjadi buruan satu dunia di awal usia yang muda.

Untuk rekod, model Nissan GT-R R35 telah ditamatkan penjualannya secara berperingkat untuk memberi laluan kepada model terbaharu yang bakal dikuasakan dengan enjin hibrid untuk memenuhi standard piawaian pelepasan yang semakin ketat di beberapa buah negara Eropah.

Terdahulu ada seorang remaja berusia 21 tahun menerima sportcar Porsche sebagai hadiah hari jadi dan sepasang suami isteri menghadiahkan diri mereka dengan SUV Porsche idaman menggunakan suprise box.