Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui maut selepas dipercayai tertinggal dalam kereta bapanya di Sungai Petani pada semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan hampir 10 jam dalam kenderaan tersebut dengan keadaan enjin kereta dimatikan dan keadaan tingkap tertutup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian itu menurut pihak polis hanya disedari bapa mangsa sewaktu ingin pulang dari tempat kerja apabila melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Bagaimana boleh tertinggal

Berikut adalah kenyataan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah mengenai kejadian tersebut seperti dilaporkan portal Berita Harian.

“Sebelum itu bapa mangsa yang berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, di sini pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

“Bapanya terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

“Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Bapanya bagaimanapun dilaporkan terlupa untuk berbuat demikian keluar bekerja sebagai pemandu lori dan hanya kembali ke kilang tempatnya bekerja beberapa jam kemudian.

Selepas selesai memandu lori, bapa kanak-kanak tersebut kemudiannya menyambung membuat kerja di dalam bangunan kilang sebelum menyedari kejadian yang menimpa anaknya ketika ingin pulang pada sekitar jam 6.20 petang semalam.

“Ketika tiba di kereta sewaktu ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

“Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Baca juga perkongsian kami mengenai pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh yang dijatuhkan hukuman penjara 5 bulan selepas mencetuskan kluster Sivagangga sebelum ini di pautan di bawah. 

Pemilik Nasi Kandar Salleh Dihukum Penjara 5 Bulan Selepas Cetuskan Kluster Sivagangga

KKM Bimbang, Kluster Sivagangga Berkemungkinan ‘Super-Spreader’

Sumber