Pasukan penyelamat di Maghribi kini sedang berlumba dengan masa untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam lubang perigi  selama hampir tiga hari, lapor Al Jazeera.

Insiden yang berlaku di Kampung Ighran terjadi selepas kanak-kanak lelaki bernama Rayan, lima tahun terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter (100 kaki) Selasa lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jurucakap kerajaan Mustapha Baitas berjanji pada Khamis lalu bahawa kanak-kanak itu akan diselamatkan tidak lama lagi.

Tanda pagar #SaveRayan mula tular di media sosial negara tersebut dengan kesemua rakyat mereka merasa simpati dan mendoakan yang terbaik untuk anak kecil tersebut.

Penggalian difahamkan telah mencecah 27 meter (88 kaki), dengan “harapan untuk mencapai 32 meter (105 kaki) lagi dalam beberapa jam akan datang”, lapor agensi berita MAP Maghribi.

Sebelum ini pasukan penyelamat telah menghantar oksigen dan air kepada kanak-kanak itu melalui paip, dan sebuah helikopter kini sudah bersiap sedia untuk memindahkan Rayan ke hospital berdekatan apabila dia berjaya dikeluarkan nanti.

Bagaimana pemuda Indonesia ini terkorban selepas selamatkan ratusan nyawa daripada gempa bumi. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bagaimana Pemuda Indonesia Ini Terkorban Selepas Menyelamatkan Ratusan Nyawa Daripada Gempa Bumi

Bagaimana Kebolehan Remaja Ini Berbahasa Inggeris Bantu Mudahkan Misi Menyelamat

Saman Kunan, Wira Yang Terkorban Dalam Misi Menyelamat Gua Di Thailand