Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, dekat sini kritikal selepas dadah ditemui di dalam badannya semalam, lapor Bernama.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata doktor membuat laporan berhubung kejadian itu pada jam 5 pagi semalam selepas pemeriksaan dijalankan ke atas budak lelaki itu yang dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai oleh ibunya berusia 36 tahun.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang penagih dadah berusia 30 tahun, yang merupakan bapa saudara mangsa pada jam 10 malam semalam bagi membantu siasatan.

Muhamad Zaki berkata, dadah di dalam badan mangsa disyaki dadah jenis Methamphetamine berdasarkan ujian air kencing.

“Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk rawatan lanjut berikutan keadaannya yang kritikal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata polis percaya mangsa dibawa ke sarang dadah ketika dalam jagaan bapa saudaranya.

“Polis sedang menyiasat sama ada kanak-kanak itu diberi dadah atau dibiarkan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan dia terdedah kepada dadah,” katanya sambil menambah ia adalah kes pertama berlaku di negeri ini.

“Polis dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Hampir gila kerana dadah, ini yang telah berlaku kepada adik saya. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Hampir Gila Kerana Dadah, Ini Yang Telah Berlaku Kepada Adik Saya

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Malaysia

Pecah Rekod Rampasan Terbesar, Rakyat Malaysia Ditahan Bawa Dadah Bernilai RM431 Juta Di Australia