Sebelum ini, kita hanya mengenali YouTuber dengan bayaran termahal, Ryan dengan akaun YouTubenya Ryan ToysReview, tetapi pernahkah anda menonton seorang lagi YouTuber cilik dari Korea Selatan, yang dikenali sebagai Boram Tube? Konten video yang dimuat naik hampir sama dengan video Ryan, yang membezakan dua channel ini ialah bahasa pengantara yang digunakan.

capture-20190725-135652

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, teknik pengeditan video yang agak menarik juga berjaya menarik sejumlah besar penonton dan jumlah subscribe kanak-kanak ini. Hasilnya, Boram ini berjaya menghadiahkan keluarganya dengan sebuah rumah agam yang bernilai hampir ₩9,500,000,000 (~RM33,139,440). Aset milik keluarga kanak-kanak berusia 6 tahun ini terletak di kawasan mewah di Gangnam, Korea.

Menurut data analisis YouTube di laman web Social Blade, dua akaun YouTube milik Boram iaitu Boram Tube ToysReview dan Boram Tube Vlog merupakan akaun dengan pendapatan tertinggi di Korea Selatan. Laman web tersebut menyebutkan purata pendapatan bulanan kanak-kanak ini bernilai USD3,100,000 (~RM12,767,350).

Sumber