Pernahkah anda terfikir sama ada anak anda benar-benar mengenali anda? Eksperimen oleh Pandora Jewelry ini sedikit sebanyak boleh menjawab persoalan anda itu. Sebelum itu, mohon sediakan tisu.

6 orang ibu bersama anak masing-masing dijemput menyertai satu eksperimen di mana anak-anak akan ditutup mata dengan sehelai kain. Para ibu berbaris di depan dan seorang demi seorang si anak yang ditutup matanya akan maju ke depan ke arah para ibu. Misi si anak ialah mengenalpasti siapa ibunya.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Di usia muda di antara 3 hingga 9 tahun, mereka perlu menggunakan rasa dan intuisi diri mencari ibu tersayang. Apabila si anak betul-betul yakin wanita itu ibunya dengan panggilan ibu, barulah dia dibenarkan membuka penutup mata tersebut.

Adakah si anak berjaya mengenalpasti ibunya?

Tonton ini:

Setiap wanita memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri di dalam bentuk tubuh badan, personaliti dan hati. Rasa begitu kuat ikatan istimewa antara ibu dan anak. Ia adalah amat berharga untuk dilepaskan dan diabaikan. Sepanjang sesi eksperimen itu telah mencuit hati kita dengan perasaan resah, rasa sayang dan terasa syahdu melihat keletah si anak mencari ibunya.

Ajaibnya cinta apabila semua kanak-kanak itu dapat mengenalpasti ibu masing-masing. How sweet! Tiada ikatan seindah ikatan ini. Hargailah dan jangan disia-siakan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka