Ryan yang baru sahaja berusia 7 tahun telah menjana pendapatan sehingga $22 juta (±RM92 juta) dan dikenali sebagai jutawan kanak-kanak dengan hanya membuat review permainan di saluran YouTubenya, Ryan ToysReview. Setakat ini Ryan mempunyai seramai 17 juta subscribers.

Video Ryan pada mulanya hanya menunjukkan Ryan bermain permainan yang dimilikinya. Tetapi Apa yang membuat video Ryan semakin istimewa selain daripada keletahnya ialah cara kreatif Ryan membina ‘kota’ sendiri menggunakan Lego sahaja. Itu salah satu video yang membuatkan Ryan berbeza dengan YouTuber lain Rata-rata pengikut setia Ryan adalah kanak-kanak dan juga ibu bapa.

Seperti video terbaharu yang dimuat naik, menunjukkan Ryan sedang bermain permainan baharu seperti kereta mainan Lighting McQueen, beg roda yang dipenuhi dengan kereta mini Lighting McQueen dan banyak lagi. Video yang berdurasi hampir 30 minit ini pastinya akan menarik lebih ramai penonton dan subscribers baharu.

Menurut jangkaan Forbes, Ryan akan menjadi YouTuber dengan bayaran paling tinggi untuk tahun ini dengan jumlah pendapatan hampir RM92 juta dalam masa 12 bulan sehingga 1 Jun tahun ini. Setakat ini jumlah terkumpul tontonan video Ryan sudah mencecah 26 billion semenjak video pertamanya disiarkan.

Jika dipecahkan hasil pendapatannya sebanyak $21 juta (±RM88 juta) hasil daripada iklan tanpa langkau yang dimainkan sebelum videonya bermula dan baki $1 juta (±RM41 juta) pula daripada video yang ditaja. Forbes memberitahu jumlah pendapatan Ryan dikira berdasarkan beberapa laman web pengiraan pendapatan YouTube seperti Captiv8, SocialBlade dan temuramah bersama beberapa YouTuber.

Beliau baru berusia 7 tahun dan sudah mengalahkan raja YouTube, PewDiePie untuk YouTuber dengan bayaran tertinggi tahun ini. Masa depan Ryan sangat cerah ketika ini dan beliau akan terus menghiburkan peminatnya di seluruh dunia dengan review permainan yang akan dihasilkannya setiap masa.

Sumber