Orang dewasa yang cuba menjawab teka-teki ini berasa sukar untuk memberikan jawapan berbanding kanak-kanak yang berasa ia adalah mudah.

Kalau anda tak percaya, cuba test power anda pula.

Tapi ada syaratnya iaitu anda jangan scroll skrin laju-laju ke bawah. Janji?

OK, mula.

Inilah Soalan Teka-Teki Itu

Lihat gambar bas di bawah ini. Bas ini berada di sebuah tempat di negara Amerika.

Jika bas bergerak ke hadapan, ke arah manakah bas akan tuju?

Berikan jawapan anda dalam tempoh kurang dari 30 saat.

bas 2

Teka-teki ini telah dibuat oleh National Geography (NatGeo) untuk rancangan TV di Amerika iaitu Brain Games.

Menurut NatGeo, 80% kanak-kanak bawah umur 10 tahun dapat menyelesaikan teka-teki ini dengan cepat. Mereka hanya menggunakan logik akal untuk menjawabnya.

Berbeza dengan orang dewasa, mereka mengambil masa yang lama untuk menjawab. Ini kerana mereka terlebih fikir dan mempertimbangkan banyak klu sebelum memberikan jawapan kepada teka-teki ini.

bas 3

Bagaimana Kanak-Kanak Menyelesaikannya?

1. Cari dimanakah kedudukan pintu bas.

2. Kemudian, bagi situasi di Amerika, kedudukan pemandu di sebelah kanan jalan.

3. Jadi, kita akan dapati pintu bas berada di sebelah kanan dan pemandu bas berada di bahagian depan sebelah kiri.

4. Maka, bas itu akan bergerak ke hadapan menghala ke arah kiri.

bas 4

Setuju?

Tonton video ini untuk melihat reaksi kanak-kanak tentang teka-teki ini: