Kanak-kanak sudah lama berhenti bermain. Mereka tidak lagi berlari mengejar sesama sendiri atau duduk di hadapan televisyen menonton kartun. Kanak-kanak sekarang sudah diletakkan beban ke atas bahu mereka. Satu beban yang sepatutnya tidak jatuh ditimpa kepada mereka.

Mereka kini sedang sibuk berlatih senjata api, manakala yang lain sedang belajar seni mempertahankan diri. Mereka adalah kanak-kanak dari Guerrero, barat daya Mexico. Tujuan mereka hanya satu, untuk menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan komuniti mereka daripada kartel dadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kanak-kanak seawal umur 6 tahun telah dilatih beberapa teknik ketenteraan oleh pasukan militia, CRAC-PF yang muncul pada 2014. Polis yang korup dan tidak jujur memaksa mereka melatih kanak-kanak bagi menjadi dinding akhir.

1581093152968-women-guns
Vice US

“Kami menyediakan anak-anak kerana jika mereka kehilangan ibu bapa mereka, siapa yang akan membela mereka? Apa yang jelas ialah kerajaan tidak akan mempertahankan kami dan hak asasi manusia sibuk mengkritik kami, ” kata Bernardino Sánchez Luna, pengasas kumpulan ini kepada Vice.

Pasukan ini tumbuh di Sierra Madre del Sur, Ayahualtempa terletak di kawasan terpencil yang tidak mendapat akses dunia luar yang luas – mahu ke sini perlu melalui satu jalan misteri yang diberi nama ‘koridor kematian’. Kawasan ini mempunyai 16 komuniti orang asli dan mereka semua dilindungi oleh pasukan militia.

Kartel dadah tempatan telah menjadikan kawasan ini sebagai jalan untuk menyeludup dadah ke luar. Pertempuran selalu berlaku di sini apabila terdapat perbalahan perebutan kuasa.

90
LA Times

Menurut laporan  yang dikeluarkan oleh Chris Kyle, seorang profesor di University Of Alabama, kematian di kawasan itu semakin meningkat tiap tahun dengan 2019 mencatatkan angka dua kali ganda kematian berbanding tahun sebelumnya.

Ayahualtempa tidak pernah menerima banyak sokongan kerajaan, kini menjadi sasaran kartel dadah untuk mengawal kawasan. Disebabkan keganasan ini, kanak-kanak di sana telah berhenti pergi ke sekolah. Mereka di latih untuk menjadi tentera bagi melawan kartel dadah.

Perkara ini telah dikritik keras oleh hak asasi manusia dengan menuduh pasukan militia telah mengeksploitasi kanak-kanak. Tetapi jawapan mereka tetap sama, kami tiada jalan lain.

Di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, merekrut kanak-kanak bawah 15 tahun ke bawah dalam kumpulan bersenjata adalah jenayah perang. Namun undang-undang ini tidak kuat di beberapa negara Amerika Latin.

Baca cerita lanjut mengenai kartel dadah terbesar dunia ‘Pablo Escobar’ versi Malaysia, klik pautan di bawah untuk membaca.

Polis Buru ‘Pablo Escobar’ Malaysia Selepas Rampas Aset Bernilai Hampir RM400 Juta

Serius Ganas, Kisah Kartel Sinaloa Yang Buatkan Kerajaan Mexico Kecut Perut

Kartel Ketum Malaysia Untung Besar Di Thailand

Sumber