Pertarungan melawan kanser telah mendorong Kylie Simonds untuk mereka cipta suatu alat yang dapat membantu kanak-kanak lain yang turut berhadapan dengan penyakit membawa maut itu.

Tatkala diberikan tugasan sekolah untuk mereka cipta sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah seharian, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini telah mengambil inspirasi daripada pengalamannya menentang kanser. Lantaran itu, gadis cilik yang berasal daripada Naugatuck, Connecticut telah mereka “Chemo Backpack” yang mudah dipakai serta mempunyai mesin IV mudah alih sesuai untuk kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kemoterapi atau pemindahan darah. Selain itu, Kylie turut mereka beg galas tersebut dengan pelbagai rekaan yang berwarna-warni agar lebih menarik perhatian kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber: WTNH News8

Kini, Kylie yang telah disahkan bebas daripada kanser dua tahun lalu sedang menjana dana untuk mencipta sebuah prototaip yang berfungsi melalui laman web CrowdRise yang telah didaftarkan melalui pertolongan kedua ibu bapanya. Semoga ciptaan inovatif Kylie ini dapat direalisasikan bagi membantu lebih ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengannya.